in

“Abah, abah…” – Bapa Cerita Pengalaman Perit Hilang Dua Anak Kecil Saat Rumah Terbakar

Ft Anak Anak Meninggal Dunia Rumah Terbakar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Suasana hiba menyelubungi satu keluarga ini apabila rumah kedai mereka terbakar dan sekaligus mengorbankan nyawa kedua-dua anak mereka yang berusia 6 tahun dan seorang lagi 6 bulan.

Menerusi Astro Awani, kejadian yang berlaku Bandar Seri Iskandar kira-kira jam 4.30 pagi itu ketika anak mereka Muhammad Fahmi Mohd Fazlan Nizam dan Nur Fahmia ketika sedang nyenyak tidur di bilik.


Ketika kejadian, dua beradik terbabit sedang nyenyak tidur di bilik hadapan tingkat 2 bangunan, sementara ibu bapanya sedang bersahur di tingkat bawah.

Dengar anak penggil abah, lepastu diam

61650595154 Freesize

Bapa mangsa, Mohd Fazlan Nizam Mohamed Hamidi, 37, berkata, sebaik menyedari kebakaran berlaku, dia segera naik ke tingkat atas untuk menyelamatkan dua anaknya itu. Namun usaha mereka gagal kerana asap terlalu tebal.

“Waktu saya naik tangga, saya dengar jeritan anak sulung saya memanggil abah abah beberapa kali. Saya menyahut dengan harapan dia dapat bertahan sementara saya cuba membawa mereka keluar.”

“Tetapi tak lama jeritan itu hilang, saya cuba masuk, tetapi tak berdaya kerana sesak nafas, tiga kali saya usaha, namun tidak juga berjaya. Beberapa orang juga cuba membantu memanjat papan tanda dan memecahkan cermin hadapan kedai dengan harapan dapat masuk ke bilik, namun tetap juga gagal menyebabkan kami pasrah dan hanya mampu menunggu bantuan daripada pihak bomba.”

81650595173 Mangsadengarjerit

Kata Fazlan lagi, waktu itu anak mereka baru sahaja tidur lepas penat bermain di kawasan kedai mereka. Selepas tidur, mereka berdua turun ke rumah untuk bantu pekerja kemas meja dan kerusi.

Mengimbau detik-detik terakhir bersama anaknya, Fazlan ada mengatakan bahawa anak sulungnya itu ada merengek mahu balik.

“Selepas kejadian ini, barulah saya dapat tahu, erti balik itu mahu balik ke mana. Walaupun sedih kehilangan kedua-dua anak sekali gus, tetapi kami reda dan menerima ujian yang diberikan tuhan.”

Jenazah dua beradik ini dikebumikan dalam satu liang lahad di tanah perkuburan Jalan Kampung Bali, Tronoh pada Khamis.

Baca : Ibu Bapa Hati-hati Kalau Tinggalkan Anak Di Katil Bayi! Wanita Kongsi Detik Hitam Temui Anak Meninggal Dunia Terselit Tepi Katil

Katil

Sumber: Sinar Harian
Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.