Keletah dan gelagat anak perempuan tunggal kesayangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin iaitu Aaisyah Dhia Rana sering membuatkan ramai terhibur.
Baru-baru ini, Rozita Che Wan atau lebih dikenali Che Ta berkongsi sebuah video di TikTok bahawa anaknya berhasrat untuk memakai tudung sepanjang bulan Ramadan.
Menerusi video berdurasi sepuluh saat itu, kelihatan Aaisyah sedang menyediakan juadah pencuci mulut iaitu taghulu strawberi sambil ditemani ibunya di dapur.
Artikel berkaitan: “Dapat apa 100?” – Che Ta Naikkan Elaun ‘Shopping’ Make Up Aaisyah Dari RM100 Ke RM250 Seminggu
@rozitachewan1 Dia kata bln posa dia nk pakai tudung, kami kata pakai tudung ni bkn bln posa saja, bkn seqonok2 pakai sb jadi model tudung ka , tapi tutup aurat ni wajib aaisyah oiii sama mcm solat dan posa jgk .. qamai org pompuan kat luaq sana terutamanya selebrity ,sanggup saqung tudung cuma sebab dpt bayaran, jadi model tudung, !bukan sebab perintah Allah tapi sebab perintah manusia dgn bayaran ! jangan mcm tu cik oiiii malu dgn Allah ! Allah suruh tak buat, tapi manusia suquh tequih buat sb duit ! nauzubillah . Dia tgh cuti sekolah ni , qajin la masuk dapoq 🥰 . #aaisyahdhiarana #fyp #perfumeaaisyah #roxy #foxy
Dapat dilihat Aaisyah begitu manis mengenakan selendang berwarna biru gelap dan tersipu-sipu malu apabila dipuji Che Ta.
Che Ta pesan tutup aurat sebab perintah Allah
Menerusi ruangan kapsyen video, pelakon dan usahawan itu menitipkan nasihat dan berpesan kepada anaknya bahawa dia juga perlu bertudung meskipun sudah berlalunya Ramadan.
Katanya, bertudung bukan sekadar ‘seronok’ sebab menjadi model tudung kerana menutup aurat adalah satu kewajipan sama seperti solat dan berpuasa.
Tambahnya lagi, ramai wanita di luar sana terutama selebriti sanggup memakai tudung hanya kerana bayaran tetapi bukannya atas perintah Allah.
Tegasnya, dia melarang Aaisyah daripada melakukan sedemikian demi mengejar duniawi berbanding perintah agama yang sebenar.
“Jangan buat macam tu cik oiii, malu dengan Allah! Allah suruh, tak buat. Tapi, manusia suruh, terus buat sebab duit. Nauzubillah,” ujarnya.
Pesanan Che Ta ni pun bagus untuk kita juga.
Sumber: TikTok