Selain membuat persiapan seperti beli baju, lampin, stroller dan car seat untuk menyambut kelahiran, ibu bapa juga sudah semestinya telah memikirkan nama yang cantik dan penuh makna untuk bayi mereka yang bakal lahir nanti.
Namun, buat pasangan Gwenny Blanckaert dan Marino Vaneeno ini pula, mereka telah memutuskan untuk memberi nama kepada anak-anak dengan menggunakan empat huruf yang sama sahaja iaitu A, E, L dan X. Huruf yang sama namun susunan abjad tu je yang berbeza.
Menurut Daily Star, anak mereka yang sulung (13 tahun) diberi nama Alex, Axel (12 tahun), seterusnya Xela (11 tahun), Lexa (10 tahun), Xael (9 tahun), Xeal (8 tahun), Exla (5 tahun), Leax (4 tahun), Xale (2 tahun), Elax (setahun) dan Alxe (enam bulan).
Difahamkan, mereka pada mulanya menamakan anak sulung mereka sedemikian bersempena dengan nama ayah tiri si suami dan mereka mula menyedari bahawa nama anak kedua dan sulung mempunyai huruf yang sama, lapor HLN.
Jadi, bermula dari situ, mereka mula menamakan anak yang seterusnya dengan abjad yang sama, namun susunan huruf je yang berlainan.
Mereka yang berasal dari Belgium ini dikhabarkan akan menimang anak yang ke 12 pada tahun hadapan dan mereka turut merancang untuk menamakan bayi lelaki itu dengan huruf yang sama seperti abang dan kakaknya yang lain.
Kreatif betul mak ayah dorang ni, nama anak-anak pun simple dan senang disebut kan.
Sumber: Daily Star, Sinar Plus, HLN
Baca: “Nama gelaran Adef”- Pelajar Nama ABCDEF GHIJK Zuzu Curi Tumpuan