in

6 Cara Atasi Manusia Toksik Di Tempat Kerja, Jangan Biarkan Diri Jadi Mangsa Keadaan!

Manusia Toksik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Manusia toksik di tempat kerja merupakan perkara yang biasa. Hampir semua tempat kerja ada 1 atau 2 orang yang mempunyai mindset negatif – asyik nak merungut dan tidak habis-habis bergosip tentang hal-hal orang lain.


Ini tidak termasuk lagi dengan budaya buli di tempat kerja! Ini juga salah satu contoh budaya toksik yang perlu dibendung.

Sekiranya anda berhadapan dengan masalah ini, apa yang boleh dilakukan untuk elak diri daripada menjadi mangsa manusia toksik di tempat kerja?

6 langkah terbaik untuk berhadapan dengan manusia toksik di tempat kerja

1. Jangan cuba untuk puaskan hati mereka

Manusia Toksik

Selalunya, mereka yang bersikap toksik ini tidak lekang dengan drama. Ada sahaja isu baharu yang hendak dibangkitkan. Kadang-kadang, semua benda nampak tak kena di mata mereka.

Walau apapun yang terjadi, jangan sesekali layan manusia toksik di tempat kerja ini.

Jika tidak, anda akan rasa penat dan tidak bersemangat untuk teruskan kerja kerana terpalit dengan negativiti yang mereka cuba sebarkan.

2. Buka mulut jika anda rasa tidak selesa

Sekiranya anda rasa tidak selesa dengan rakan sekerja yang toksik, mungkin sudah tiba masanya untuk anda buka mulut dan berikan teguran.

Kadangkala, tidak ada cara lain untuk melindungi diri anda dan juga rakan sekerja lain melainkan dengan membuka mulut.

Benar, individu toksik ini bukannya suka ditegur. Nanti, kita pula yang menjadi mangsa. Namun, pastikan anda menegur dengan yakin. Jangan pula putar belit cerita!

Ingatlah, bukan anda sahaja yang terpalit dengan drama yang mereka canangkan di tempat kerja, orang lain pun sama. Jadi, jangan gentar untuk bersuara. Pasti ramai lagi individu lain yang akan back-up anda nanti!

3. Jangan membawang sekali!

Haa, yang ini memang pantang. Cukuplah seorang sahaja yang jadi CNN di tempat kerja, anda tak payahlah membawang sekali!

Manusia toksik selalunya akan menarik orang lain yang mempunyai sifat yang sama.

Bak kata orang, bersahabatlah dengan penjual minyak wangi dan bukannya tukang besi.

Jika berkawan dengan penjual minyak wangi, akan terpalitlah bau yang enak. Tapi, jika bersahabat dengan penjual besi, kita akan terasalah bahangnya! Betul tak?

4. Jangan berkawan dengan manusia toksik

Manusia Toksik

Jika anda dikelilingi oleh orang yang toksik di tempat kerja, cuba jarakkan diri daripada mereka.

Memang seronok bila dapat akses kepada cerita-cerita ‘panas’ di tempat kerja. Tetapi, apa faedahnya anda bergosip di tempat kerja?

Tidak dinafikan, individu toksik ini selalunya giat menyebarkan negativiti. Kekalkan ‘healthy boundary’ supaya anda tidak terkesan dengan perangai-perangai mereka ini.

Kehadiran manusia yang toksik boleh buatkan kita rasa stres dan penat dari segi emosi.

Untuk pastikan kesihatan mental kita sentiasa terjaga, pastikan anda duduk sejauh mungkin dari mereka. Jangan bercakap, jangan tegur. Buat kerja, punch out dan balik!

5. Jaga emosi diri sendiri, jangan mudah melenting!

Provokasi merupakan satu ‘senjata’ untuk manusia toksik. Sekiranya anda terpaksa berhadapan dengan mereka, pastikan anda kekal tenang dan jangan bertindak secara semberono.

Jangan tertipu dengan segala manipulasi mereka. Kekal kuat dan yakin walau apapun yang berlaku. Lagipun, anda tidak perlu takut sekiranya berada di pihak yang benar!

6. Kekal positif walaupun sukar

Benar, bukan mudah untuk kekal positif di tempat kerja yang dipenuhi dengan orang yang toksik. Hari-hari rasa macam nak resign je kan?

Tapi ingatlah, walaupun sukar, ada peluang untuk anda atasi semua masalah ini. Dengan teknik yang betul, anda boleh kurangkan impak individu yang toksik di tempat kerja ini.

Lagipun, mindset yang positif dapat membantu anda untuk mengekalkan hubungan yang sihat dengan orang lain.

Baca: Curang 4 kali dengan 4 lelaki – Caprice Dedah Luahan Followers Dicurangi Pasangan Di Tempat Kerja

Manusia Toksik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.