Sebelum ini kecoh di media sosial bila ada khabar angin mendakwa penyanyi Nora Ariffin ada hubungan cinta dengan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.
Bagaimanapun, dakwaan itu telah dinafikan oleh Nora dan Annuar sendiri namun ia tetap tak hentikan dakwaan orang sehingga baru-baru ini, tular satu salinan sijil pernikahan mendakwa mereka telah pun bernikah di selatan Thailand.
Ekoran ini, Nora mengaku yang dia telah pun dilamar namun individu yang mahu memperisterikannya itu bukanlah Annuar Musa seperti yang digembar-gemburkan tapi seseorang yang tak terkenal, lapor Awani.
Demi Allah, saya dan Tan Sri (Annuar) tidak bernikah… saya sendiri tidak faham bagaimana ada pihak yang boleh buat tuduhan sedemikian.
“Sudah banyak kali saya nafi, Tan Sri juga sudah menafikannya, namun, masih ada yang nampaknya tidak percaya.
“Disebabkan itu, saya fikir sudah sampai masanya saya umumkan bahawa saya ada menerima lamaran pernikahan dan sedang merancang ke arah majlis itu.”
Tambahya lagi, anak-anaknya memberikan sokongan atas keputusan Nora dan keluarga arwah suaminya yang juga komposer terkenal, Johan Nawawi turut menyokong keputusannya untuk berkahwin.
Ibu Abang Johan juga ada berpesan pada saya sebelum beliau meninggal dunia sekiranya ada lelaki yang mahu mahu melamarnya, terima saja.
“Alhamduliillah, berkat restu dan sokongan anak-anak serta keluarga, saya sudah bersedia menerima lamaran itu.”
Untuk pengetahuan korang, Nora telah berkahwin dengan Allahyarham Johan pada tahun 1992 dan hasil perkahwinan ini, mereka dikurniakan dengan empat orang anak.
Namun, Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 yang lalu kerana serangan jantung manakala anak kedua mereka, Muhammad Syakir Aliff meninggal dunia pada 13 Disember 2019.