in

90% Rakyat Malaysia Berpuas Hati Dengan Pasangan Mereka, No. 4 Paling Tinggi Di Dunia

rakyat malaysia paling satisfied dengan pasangan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Boleh dikatakan hampir setiap minggu, ada saja isu viral melibatkan masalah rumah tangga golongan artis dan tak kurang juga netizen di media sosial.

Namun begitu, percaya atau tidak, satu kajian dari Ipsos mendedahkan bahawa 90% daripada rakyat Malaysia sebenarnya berpuas hati dengan pasangan mereka.


123638885 l

Malaysia negara ke-4 paling berpuas hati dengan pasangan 

Menurut kajian yang dibuat bersempena Hari Valentine, secara puratanya dari 32 negara, lebih dari 4 ke 5 orang yang sudah berkahwin atau mempunyai pasangan (84%) mengakui yang mereka berpuas hati dengan hubungan mereka bersama pasangan.

Manakala 2 ke 3 orang pula (63%) mengatakan yang mereka berpuas dengan hubungan cinta atau kelamin bersama pasangan.

Fo2J04JaAAA8NFV

Fo2Jzp aUAADGOs

Negara yang menduduki ranking teratas bagi rasa puas hati dengan pasangan masing-masing ialah di Indonesia dan Netherlands yang mana kedua-duanya mendapat 94%.

Manakala Thailand dan Malaysia pula menduduki tangga ketiga dan keempat dengan masing-masing mendapat 90%. Wow kebanyakan pasangan dari negara Asia Tenggara ye… 

Negara yang mempunyai tahap puas hati yang rendah terhadap pasangan mereka pula di Itali (76%), Korea Selatan (73%) dan Jepun (70%).

80% rasa disayangi, tapi hanya 57% berpuas hati dengan hubungan kelamin 

Selain itu, kajian ini juga mendedahkan 80% dari rakyat Malaysia merasa mereka disayangi dalam hubungan, yang mana ia antara peratusan tertinggi dari purata global iaitu 76%.

Netherlands (90%) dan Indonesia (87%) antara negara yang mengungguli carta ini, walau bagaimanapun, Korea Selatan (53%) dan Jepun (49%) mendapat antara peratusan terendah.

Pun begitu, lain pula ceritanya bagi tahap kepuasan hubungan kelamin kerana Malaysia mencatatkan antara peratusan terendah dengan hanya 57% individu menyatakan mereka berpuas hati dengan hubungan tersebut.

Individu di China (79%), Indonesia (75%) and Thailand (75%) antara yang sangat berpuas hati dengan hubungan kelamin bersama pasangan, manakala negara Korea Selatan (44%) dan Jepun (34%) yang paling terendah dalam carta.

pexels photo 3585811

Kajian yang dibuat meliputi 32 negara ini telah melibatkan sebanyak 22,508 individu yang mana ia juga menyimpulkan mereka yang datang dari keluarga berpendapatan tinggi (87%) dengan tahap pendidikan yang baik (86%) kebanyakannya berpuas hati dengan hubungan bersama pasangan.

Korang macam mana? Puas hati ke tak dengan pasangan masing-masing? 

Baca: Malaysia Di Ranking Ke-12 Kualiti Jalan Terburuk Di Dunia – Kajian

jalan

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.