Satu hantaran daripada TikTok penyanyi Adira Suhaimi telah menarik perhatian netizen, hantaran yang berlatar belakangkan lagu Hopelessly Devoted To You itu disertakan dengan kata-kata yang seolah-olah ditujukan kepada seseorang.
Di samping itu, Adira dalam video tersebut hanya duduk diam sambil merenung kamera dan senyum sahaja. Dalam masa sehari, video tersebut telah meraih lebih daripada 700K jumlah tontonan.
Artikel berkaitan : “Dulu boleh lah ko gertak2 dia” – Kakak Adira Suhaimi ‘Sound’ Datin Red?
Artikel berkaitan : “Mohon doa semoga saya bangkit & kuat” – Bekas Suami & Adira Kembali Bercinta, Ini Respon Datin Red
Menerusi ruangan kapsyen, Adira menjelaskan seperti tahap kesabarannya sudah mencapai hadnya kerana dia sudah banyak berdiam diri selama 9 tahun dan agak mustahil jika dia tetap berdiam diri kini.
Malah, Adira juga ada memberikan satu pesanan sinis kepada seseorang untuk terus ambil kesempatan terhadap kesabarannya dan menghasut orang ramai akan hal itu.
“Kalau selama 9 tahun Ami boleh tak melawan , ami boleh senyap.. tak kan sekarang ni tak boleh. Fahamkan yg tahu je tahu. Ambil la kesempatan selagi masih boleh… ajak ramai ramai.”
@adirasuhaimi.ami kalaw selama 9 tahun ami boleh tak melawan , ami boleh senyap.. tak kan sekarang ni tak boleh 🤍 fahamkan yg tahu je tahu #ytjt #fyp #mentang2Amisenyap🥴 #lali ambil la kesempatan selagi masih boleh .. ajak ramai ramai 🥹🥹
Biarpun Adira tidak menjelaskan perkara tersebut secara terang-terangan, ramai netizen seolah-olah dapat gambaran mesej sinis yang Adira cuba sampaikan. Bagi mereka, ia seperti ada kaitan dengan kisah silam rumah tangganya sebelum ini.
Tak ada apa-apa kot, kalau ada pun mungkin pasal hal lain, sebab tak keluar daripada mulut Adira sendiri.
Sumber : TikTok