in

9 Pelajar Lelaki Didakwa Buli ‘Junior’ Dengan Seterika Sehingga Cedera Parah

buli seterika

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes buli merupakan salah satu masalah yang dihadapi oleh pelajar dan guru di sekolah sejak sekian lama, ia juga melibatkan imej serta boleh mencemarkan nama baik sekolah.

Pada bulan Jun lepas, tular satu kes buli di sebuah asrama sekolah menengah yang terletak di Teluk Intan, Perak.


Menurut laporan Astro AWANI, sembilan pelajar lelaki berusia 17 tahun dari sekolah tersebut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, atas pertuduhan menyebabkan cedera parah kepada seorang pelajar Tingkatan 2.

pexels mikhail nilov 7929375
Gambar Hiasan

Merujuk kepada kertas pertuduhan, mereka dikatakan telah menyebabkan kecederaan parah ke atas junior yang berusia 14 tahun di bilik asrama lelaki sebuah sekolah di Jalan Changkat Jong, sekitar jam 12.30 tengah malam pada 23 Jun lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman penjara tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Sebagai info, kejadian buli ini dipercayai berpunca daripada perasaan cemburu selepas mangsa berbual dengan seorang pelajar perempuan yang merupakan teman wanita kepada seorang suspek yang membulinya.

Mangsa dicederakan dengan seterika panas dan dipukul sehingga menyebabkan kecederaan parah di badan serta pinggang.

Semoga keadilan dapat ditegakkan…

Baca: Guru-guru SMK Senaling Gantung ‘Banner’ Dakwa Dibuli Pentadbiran, Pengetua Nak Saman ‘Pemfitnah’

Banner Smk Senaling

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.