Penangan Nasi Arab hasil tangan Chef Ammar ini pada bulan puasa memang bukan calang-calang ye.
Dari isu dikritik kerana menjual dengan harga ‘Tel Aviv’, pelanggan bergaduh kerana beratur terlalu lama sehinggalah ke dakwaan yang mengatakan salah satu gerai nasi arab chef tersebut telah disihir.
“Tutorial first customer Nasi Arab Chef Ammar”
Melihatkan barisan panjang orang ramai beratur ingin membeli nasi arab, mesti kita terfikir, siapa agaknya orang pertama yang membeli dan pukul berapa agaknya dia beratur hingga jadi orang first yang beli nasi arab tersebut?
Menerusi perkongsian @tokzacx di TikTok, dia telah share pengalamannya menjadi pembeli pertama nasi arab tersebut di bazar ramadan Shah Alam.
Menurut video itu, lelaki berkenaan dilihat tiba di tapak bazar yang kosong sekitar jam 9.47 pagi. Tidak lama selepas itu, barisan mulai panjang dan Chef Ammar tiba membawa makanan yang ingin dijual.
@tokzacx Tutorial First Customer Nasi Arab @chef@🇲🇾 chefammarali 🇵🇸…. #nasiarabchefammar #nasiarab #fyp #xyzbca
Chef Ammar juga dilihat menasihatkan customer untuk tidak keliru dan beratur di barisan yang betul iaitu satu barisan bagi pembeli dan satu lagi buat rider yang menghantar makanan.
“Terbaik kau bang… moga solat terawih kau saf depan sekali yakk”
Menerusi ruang komen, lelaki berkenaan mengatakan satu-satunya tips untuk menjadi pembeli terawal ialah dengan tiba awal di tapak bazar tersebut.
Pun begitu, ada juga di kalangan netizen sempat memerli pengguna TikTok berkenaan yang berharap dia juga tiba awal di masjid untuk menunaikan solat Jumaat atau solat terawih sama seperti yang dia lakukan ketika membeli nasi arab.
Apa-apapun syabas kepada abang ni kerana bersabar dan jadi pelanggan pertama nasi arab tu. Min cadang korang lepas ni beratur lepas sahur. Gerenti yang lain tak boleh lawan. Hiks!
Baca: Chef Ammar Tutup Bazar Cawangan USJ 4 Sebab Kena Sihir?