Orang berdarah kacukan ni tak dinafikan selalunya cantik-cantik dan hensem-hensem. Kalau korang perasan, kat negara kita ni ramai jugak artis-artis yang berdarah kacukan ni. Sebut je nama Emma Maembong dan Diana Danielle, semua orang tahu yang dorang ni ada darah mix. Tapi bukan artis perempuan je tau, artis lelaki pun ramai yang berdarah kacukan.
Ni artis-artis lelaki Malaysia berdarah kacukan yang famous di negara kita:
1. Zul Ariffin
Mula menjadi perhatian ramai selepas bergandingan dengan Ayda Jebat dalam drama Rindu Awak 200%, nama Zul Ariffin semakin hari semakin popular. Akan keluar dengan drama terbaru Ti Amo Sweetheart 100 Hari bergandingan bersama Neelofa, Zul berdarah kacukan Melayu dan Belanda yang diwarisi dari sebelah ibunya. Patutlah hensem!
2. Daler Yusuf
Berdarah kacukan Melayu dan Uzbekistan, Daler mula dikenali ramai sejak berlakon dalam drama Encik Suami Mat Salleh Celup bersama Nelydia Senrose. Pernah menjadi model pelbagai iklan komersial, jejaka kacak ini boleh bertutur dalam bahasa Uzbekistan, Parsi, Rusia, Bahasa Inggeris, Turki dan Bahasa Melayu. Wow banyaknya!
Juga seorang pengacara dan model popular di Malaysia, nama pelakon kacak berdarah kacukan Iban dan Inggeris ini semakin dikenali ramai setelah terpilih untuk melakonkan watak utama dalam filem Hollywood, Crazy Rich Asians. Membesar di England dan kemudiannya menetap di Malaysia dan Singapura, Henry sebelum ini banyak mengacarakan program berunsur travel.
4. Sam Bunkface
Merupakan seorang penyanyi, komposer dan penerbit, pemilik nama Shamsul Annuar bin Mohd Baharom ini sangat aktif dalam arena muzik tempatan bersama band Punk Rock, Bunkface. Pernah popular dengan lagu raya Anugerah Syawal, abang kepada pelakon cantik dan berbakat Siti Saleha ini berdarah kacukan British dan Melayu.
Mempunyai bapa berbangsa Inggeris dan ibu yang berbangsa Melayu, Ashraf Sinclair merupakan seorang pelakon dan pengacara yang popular di Malaysia. Menamatkan zaman bujang dengan penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari 10 tahun yang lalu, Ashraf kini giat berlakon dalam banyak produksi Indonesia dan akan muncul dengan mini series terbaru DO[S]A di Astro.
6. Zain Saidin
Pelakon berdarah kacukan Melayu dan Inggeris ini popular dengan watak Henry Middleton dalam drama bersiri Oh My English yang bersiaran di Astro. Selamat memperisterikan pelakon Rozita Che Wan pada Disember 2013, mereka dikurniakan si comel Aaisyah Dhia Rana yang kini mencecah usia empat tahun.
Sekali dengar nama, bunyi macam bukan orang Malaysia pun ada. Tapi jangan tak tahu Bront Palarae atau nama sebenarnya Nasrul Suhaimin Bin Saifuddin ni dilahirkan di Alor Setar, Kedah. Lakonannya dalam Pengabdi Setan mendapat pujian ramai, pelakon dan pengarah ini berketurunan Melayu di sebelah bapa dan Siam di sebelah ibunya.
8. Keith Foo
Pernah popular dengan drama Love You Mr. Arrogant dan Ariana Rose suatu ketika dulu, jejaka kacukan Cina dan India ni turut mencipta nama di Indonesia setelah berlakon dalam beberapa buah filem dan sinetron di negara seberang. Menjalani alam perkahwinan yang bahagia sejak empat tahun lalu, Keith mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihan hati, Kim Raymond.
9. Idris Khan
Muhammad Idris Abdul Ghaffar atau lebih dikenali sebagai Idris Khan mula dikenali setelah bergandingan dengan Zara Zya dalam sebuah drama berjudul Duda Terlajak Laris. Berdarah kacukan Melayu dan Pakistan, Idris rupa-rupanya sudah memiliki syarikat produksi sendiri yang dinamakan Centro Pictures.
Uish memang hensem! Mesti ramai yang tertawan ni!
Baca: 10 Selebriti Malaysia Yang Cantik Walaupun Tanpa Mekap