Kadangkala ada di antara kita yang terpaksa berjauhan dengan keluarga tersayang dalam jangka masa yang panjang atas faktor pekerjaan. Mesti sedih kan bila kita berjauhan dengan keluarga tersayang?
Baru-baru ini, telah tular sebuah video di TikTok, memaparkan seorang pengawal keselamatan yang meluahkan rasa terharu serta terkejut apabila orang ramai membuat kejutan pada hari ulang tahun kelahirannya.
@tunetalk Happy birthday bossku! 🫡 #office #officelife #ofis #officehumor #security #securityguard #birthday #surprise #birthdaysurprise #birthdayparty #monday #mondaymood #vip #boss #fyp #foryou #foryoupage #fypmalaysia #tiktok #tiktokviral #tiktokmalaysia #viral #viralvideo #KitaFaham #TuneTalk
“Minggu lepas, kita celebrate birthday seseorang yang penting di office. Seseorang yang kami jumpa setiap pagi dan petang. Seseorang yang sentiasa pastikan kesejahteraan kami.”
“Seseorang yang tak lekang dengan senyuman. Happy Birthday Pande! Tiba-tiba kami dapat tahu, Lepas 8 tahun bekerja di Malaysia first time dapat celebrate birthday,” jelasnya.
Menerusi video tersebut, dapat dilihat beberapa orang pekerja sedang menyanyikan lagu ‘Happy Birthday’ secara beramai-ramai sambil salah seorang daripada mereka memegang sebiji kek.
Difahamkan, security guard yang dikenali sebagai Pande itu sentiasa menjaga kesejahteraan mereka dan sudah pun berkhidmat selama 8 tahun.
Pande turut dilihat mengalirkan air mata selepas mereka membuat kejutan tersebut kerana dikatakan, itu adalah kali pertama dia menyambut hari kelahirannya selepas 8 tahun bekerja di Malaysia.
Video yang dimuat naik ke TikTok itu telah meraih lebih 500,000 jumlah tontonan dan menerima 63,000 jumlah likes dalam masa dua hari.
“Dia rasa dihargai. Bagus sangat korang!” – Netizen
Tinjauan ke ruangan komen, rata-rata netizen tertarik dengan video tersebut yang dikatakan menyentuh perasaan orang ramai.
Sedihnyaaa! Tapi atleast dia nampak happy sebab celebrate birthday dia!
Sumber : TikTok