in

8 Produk Drugstore Untuk Mekap Tahan Lama di Hari Raya

page 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Time raya-raya ni of course la nak melaram lebih sikit kan. Setahun sekali je pun dapat menyambut raya dengan baju baru dan pergi melawat keluarga dan rakan-rakan.

So, for sure bila dah melawat sana sini tu mesti nak kena pakai mekap yang tahan lama sikit. Takde lah nanti baru sejam keluar, mekap dah cair. So, ni admin nak suggest 8 produk drugstore untuk pemakaian mekap tahan lama di hari raya.


 

1. Maybelline Fit Me Foundation

fit me liquid 1
Sumber: Blog

Foundation keluaran Maybelline ada banyak pilihan warna supaya korang boleh pilih yang paling matching dengan warna kulit. Produk ni memang sesuai dipakai oleh orang yang ada kulit normal dan berminyak. Yang seronoknya, foundation ni matte dan long wear.

Kalau kulit korang berminyak sekali pun, dia tak akan terpadam tapi akan jadi lebih rata serta ada glowing sikit muka korang. No worries lah pakai ni, kulit nampak sekata je sepanjang hari! Paling best, Fit Me Foundation ni tak terlalu tebal di muka.

Harga: RM47.10

 

2. Canmake Cover & Stretch Concealer UV Waterproof 

canmake
Sumber: Blog

Kalau korang rasa ada parts dekat kulit muka korang memerlukan extra coverage, bolehlah guna concealer brand Canmake ni. Kulit yang berminyak sesuai pakai sebab dia mengandungi bedak yang menyerap sebum dari muka korang tu dan ada perlindungan matahari UV sehingga SPF25 PA++. Concealer ni pun matte dan tahan lama sebab ianya waterproof tau! Kira tak kisah lah kena air ke, berpeluh atau berminyak, concealer ni akan kekal dekat muka tanpa rasa melekit.

Harga: RM40.41

 

3. Rimmel Stay Matte Pressed Powder

gy
Sumber: Blog

Bedak ni memang sesuailah nak pakai time raya masa korang pergi ziarah rumah sedara mara tu. Kalau korang pakai ni kulit akan nampak flawless je sebab liang pori korang akan kurang nampak dan muka pun tak akan berkilat bila berminyak. Bila pakai bedak ni, korang pun tak payah risau muka bercapuk sebab Stay Matte Long lasting Pressed Powder ni senang dipakai dan diratakan dekat seluruh muka.

Harga: RM14.06

 

4. Revlon Colourstay Eyeliner

revlon colorstay eyeliner
Sumber: Blog

Geram je kan bila eyeliner yang dipakai tak kekal lama. Tapi korang takkan alami masalah ni dengan Revlon Colourstay Eyeliner sebab dia tahan lama walaupun kulit berminyak atau bila berpeluh. Al maklumlah, Malaysia ni panas. Eyeliner ni pun senang nak pakai so takde lah amik masa yang lama korang nak pakai before keluar rumah nanti.

Harga: RM33.87

 

5. Bourjois Volume Reveal Waterproof Mascara

bourjois mascara 1
Sumber: Blog

Maskara kalau salah pilih, menangislah nakkk. Nasib baik Bourjois Volume Reveal Waterproof Mascara ni tak buat hal macam tu. Dengan pemakaian maskara ni, bulu mata akan nampak ala-ala pakai bulu mata palsu tapi masih nampak natural, tak over sangat dan yang bestnya dia waterproof! So, tak ada masalah nak pakai sepanjang hari. Kena air pun, still melentik bulu mata korang.

Harga: RM49.91

 

6. BBIA Last Lipstick

bbia
Sumber: Blog

Korang ingat setakat mekap bahagian mata je ke yang kena kekal lama. Yang dekat bibir pun sama. Mestilah nak yang tahan lagi-lagi time raya mesti banyak makan itu ini nanti. Tekstur lipstik ni sangat ringan dan tak mengeringkan bibir. Pada penghujung hari pun korang boleh expect lipstik masih ada walaupun kurang tapi still ada tau!

Harga: RM41.90

 

7. Maybelline Master Fix Wear Boosting Setting Spray

mas
Sumber: Blog

Kalau korang nak mekap tahan extra lama, korang boleh guna setting spray ni lepas rutin mekap korang. Dia akan lock mekap yang dipakai dekat muka sekaligus menjadikan mekap tahan lebih lama walaupun muka berminyak dan berpeluh. Ramai yang kata dorang pilih nak guna setting spray ni dari jenama lain yang jauh lebih mahal tapi kesannya still sama. Produk ni sesuai untuk dipakai walaupun untuk kulit jenis berminyak.

Harga: RM56.86

 

8. Purederm Make-up Remover Cleansing Tissues

j
Sumber: Blog

Walaupun pakai mekap yang long lasting merupakan dambaan wanita, tapi korang kena ingat untuk bersihkan muka dengan betul di penghujung hari, kang tak pasal-pasal pores tersumbat. Make-up Remover Cleansing Tissue ni mudah nak dibawa ke mana-mana dan boleh bersihkan semua jenis mekap termasuk maskara yang waterproof.

Harga: RM13.11

Tudiaaa….Kalau pakai produk-produk ni pastinya mekap korang akan tahan lebih lama dan kelihatan flawless sepanjang hari. Tapi yelah produk-produk ni pun bergantung kepada keserasian dengan kulit muka korang jugak. Apa-apapun, selamat mencuba semua tau!

Ariana Grande Makeup GIF

Selamat hari raya semua!

Baca: Nak Cantik Masa Raya, Tapi Jangan Pakai 5 Produk Ni!

produk 758x398 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.