Bagi penggemar green tea atau matcha, selain minuman, kek dan aiskrim apa sahaja pencuci mulut yang berperisa green tea pasti buat anda teruja untuk mencubanya! Nak tahu di mana anda boleh dapatkan pencuci mulut berperisa green tea?
Ini 8 Pencuci Mulut Berperisa Green Tea di Lembah Klang Anda Perlu Cuba!
1. Green Tea Cream Puff
Cream puff sangat sinonim dengan inti kastard atau vanilla. Tapi pernah tak anda nikmati cream puff dengan perisa kegemaran anda, matcha? Jika belum, anda perlu cuba, dengan puff yang lembut dan inti berperisa matcha, confirm anda berpuas hati!
Dapatkannya di Beard’s Papa.
Lokasi: LG007, Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur.
Waktu operasi: Setiap hari | 10am-10pm
2. Green Tea Crème Brulee
Bosan dengan creme brulee dihidangkan di restoran dan kafe? Apa kata cuba green tea creme brulee pula! Creme brulee ini dihidangkan bersama aiskrim bijan hitam. Keenakan rasanya yang berkrim dan berperisa matcha pasti tidak akan mengecewakan anda. Cuba lah!
Dapatkannya di Mei by Fat Spoon
Lokasi: 22G, Jalan 27/70A, Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur
Waktu operasi: Selasa – Ahad | 11am-11pm
3. Green Tea Lava Cake
Kek lava menjadi kegilaan ramai sejak akhir-akhir ini. Kek yang lembut bersama cecair yang meleleh dari dalam membuatkan ramai terliur. Kek lava sememangnya sinonim dengan perisa coklat, tapi kali ini anda boleh dapatkan kek lava berperisa green tea! Kek lava green tea ini dihidangkan bersama aiskrim vanilla!
Dapatkannya di Okonomi.
Lokasi: A4-G2-02 Solaris, Dutamas, No.1 Jalan Dutamas, Publika, 50480 KL.
4. Salted Matcha Pie
Peanut butter pie, salted caramel pie atau chocolate pie adalah antara pie yang mungkin anda pernah cuba. Jika anda benar-benar peminat green tea, anda perlu cuba salted matcha pie ini.
Dapatkannya di PS Tokyo
Lokasi: 80 Jalan SS2/60, SS2 47300 Petaling Jaya, Selangor
Waktu operasi: Selasa – Ahad | 12pm – 12am
5. Green Tea Parfaits
Nana’s Green Tea adalah antara kedai yang paling popular dalam kalangan peminat green tea. Kebanyakan minuman berperisa green tea termasuklah yang paling digemari ramai ini, green tea parfaits! Kalau anda mahu tahu mengapa ia menjadi kegemaran ramai, boleh lah pergi cuba!
Dapatkannya di Nana’s Green Tea
Lokasi: Lot 231A, Lower Ground Floor, The Gardens Mall, Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra, 59200 KL
Waktu operasi: Setiap hari | 10am – 10pm
6. Matcha Molten Cake
Berbeza dengan kek lava, molten kek ini lebih kecik dan dihidangkan bersama pes kacang merah, aiskrim vanilla serta kalamansi. Kek white chocolate dengan inti berperisa matcha ini sangat enak dimakan ketika masih panas!
https://www.instagram.com/p/BNYrWpJjSmV/?taken-by=my_softcore
Dapatkannya di Softcore.
Lokasi: 56 Jalan PJS 11/7 46150 Petaling Jaya, Selangor
Waktu operasi: Setiap hari | 11am – 11.30pm
7. Green Tea Tiramisu
Tiramisu adalah pencuci mulut kastard berperisa kopi berasal dari Itali dan sudah tentu bagi anda yang tidak menggemari kopi, ia bukanlah sesuatu yang anda akan cuba. Tapi, kini anda boleh cuba green tea tiramisu! Meskipun tetap ada sedikit perisa kopi (kerana ia adalah bahan utama), anda perlu cuba green tea tiramisu yang diberi nama Matchamisu di sini!
Dapatkannya di Tokyo Pastry
Lokasi: M-20 & SAC-M-1, Mezzanine Level, Avenue K, 156, Jalan Ampang, 50450 KL
Waktu operasi: Setiap hari | 10am – 10pm
8. Green Tea Souffle
Souffle sukar untuk didapati di Malaysia ini. Namun, Franco mengambil inisiatif untuk menghidangkan souffle di restoran mereka dengan perisa kegemaran anda, green tea! Rangup di luar dan lembut di dalam, anda perlu makan ketika ia masih panas!
https://www.instagram.com/p/BAjfEReN6U9/?taken-by=mary_pua0712
Dapatkannya di Franco
Lokasi: G-11, Avenue K, 156 Jalan Ampang, 50450 KL
Waktu operasi: Setiap hari | 10am – 10pm
Jadi, tunggu apa lagi? Cubalah pencuci mulut ini dan kongsikan dengan kami pendapat anda tentang keenakannya.