Baru-baru ini, imbasan digital bangkai kapal Titanic bersaiz penuh yang kini bersemadi di dalam lautan Atlantik sedalam 12,500 kaki telah dihasilkan menggunakan pemetaan laut dalam.
Imbasan ini telah menghasilkan pemandangan 3D unik keseluruhan kapal tersebut membuatkan kita boleh tengok bangkai kapal seperti air laut telah dikeringkan.
Kalau korang nak tahu, tujuan imbasan digital ini dibuat adalah untuk mendapatkan gambaran baru tentang apa sebenarnya yang berlaku kepada kapal yang tenggelam pada tahun 1912.
Lebih 1,500 orang telah mati ketika kapal gergasi ini terlanggar bongkah ais ketika dalam perjalanan dari Southampton ke New York.
Masih ada persoalan, soalan asas yang perlu dijawab tentang kapal ini.” – Parks Stephenson, penganalisis Titanic.
Model 3D ini adalah salah satu langkah pertama untuk mendapatkan kisah sebenar Titanic yang berasaskan fakta dan penyelidikan dan bukan hanya spekulasi semata-mata.
Sejak bangkai kapal ini ditemui pada tahun 1985, ia telah diterokai secara meluas. Tapi disebabkan kapal ini terlalu besar dan jauh di dalam laut, kamera hanya boleh tunjukkan beberapa bahagian kapal yang dah reput dan bukan rupa keseluruhan.
Imbasan baru ini telah berjaya menunjukkan bangkai ini secara keseluruhan sekaligus mendedahkan pemandangan lengkap Titanic ini.
Bagaimana imbasan ini dibuat?
Imbasan ini dibuat ketika musim panas 2022 oleh Magellan Ltd, syarikat pemetaan lautan dalam dan Atlantic Productions, yang membuat dokumentari mengenai projek ini.
Kapal selam yang dikawal dari jauh oleh pasukan pakar dari kapal telah menghabiskan masa lebih 200 jam untuk meninjau panjang dan lebar bangkai kapal tersebut.
Mereka kemudiannya telah mengambil lebih dari 700,000 imej dari setiap sudut dan mencipta semula pembinaan berbentuk 3D dengan tepat.
Gerhard Seiffert dari Magellan yang mengetuai ekspedisi ini berkata, projek imbasan ini merupakan projek imbasan bawah laut yang terbesar pernah dibuatnya.
Kedalamannya hampir 13,000 kaki dan ia juga mempunyai banyak cabaran kerana terdapat arus di kawasan tersebut. Kami juga tidak dibenarkan untuk menyentuh apa-apa bagi tidak merosakkan bangkai tersebut.
“Cabaran lain pula adalah kami perlu membuat peta bagi setiap sentimeter persegi walaupun ia bahagian yang tidak menarik seperti kotoran dan lumpur tapi ia diperlukan untuk diletakkan disekeliling objek yang menarik.”
Gambar bangkai Titanic
Imbasan ini menunjukkan ukuran kapal tersebut serta butiran-butiran yang kecil seperti nombor siri di salah satu kipas kapal.
Selain itu, walaupun dah lebih 100 tahun kapal ini karam, busur kapal yang kini dipenuhi dengan karat juga masih boleh dicam. Selain itu, lubang terbuka juga turut menunjukkan tempat di mana tangga besar pernah didirikan.
Serpihan sekeliling kapal ini juga dapat dilihat barang-barang bertaburan termasuk hiasan logam dari kapal, patung dan botol arak yang belum dibuka. Terdapat juga harta-harta peribadi serta berpuluh-puluh kasut.
Park Stephenson yang telah mengkaji tentang Titanic selama bertahun-tahun mengatakan dia terkejut bila melihat imbasan tersebut.
Kita boleh nampak bangkai ini tak seperti yang dilihat dari kapal selam. Boleh lihat bangkainya secara menyeluruh serta konteks dan perspektifnya. Apa yang ditunjukkan adalah keadaan sebenar bangkai tersebut.”
Tambahnya lagi, imbasan ini boleh memberikan pandangan baru mengenai apa yang berlaku pada Titanic pada malam malang di tahun 1912 itu.
Kita masih belum mengetahui apa yang sebenar-benarnya berlaku ketika perlanggaran kapal tersebut dengan bongkah air. Kita tak tahu sama ada ia hanyalah geseran di sebelah kanak seperti yang dilihat di dalam filem atau tidak.”
Mengkaji belakang kapal juga boleh memberitahu bagaimana kapal ini karam di dasar laut.
Laut telah pun merosakkan bangkai kapal ini dan bahagian-bahagiannya hampir hancur. Pakar sejarah sedar yang masa semakin suntuk untuk mengkajinya tapi dengan adanya imbasan ini, ia dapat membantu pakar untuk mengetahui rahsia kapal ini.
Dekat bawah ni adalah gambar-gambar dari imbasan 3D yang diambil:
Sumber: BBC
Baca: Karam 111 Tahun Lalu, Ini 8 Fakta Tentang Titanic Korang Mungkin Tak Tahu