in

8 Atlet Wanita Malaysia Yang Cantik dan Popular di Instagram!

Atlet Wanita

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak ramai sebenarnya golongan wanita dibandingkan dengan lelaki yang terlibat dalam bidang sukan. Malah wanita yang disifatkan sebagai golongan yang lemah lembut dikatakan tidak sesuai dengan aktiviti sukan yang lasak dan berpeluh-peluh. Namun begitu, tidak semua wanita yang terlibat dalam sukan bergaya tomboy dan tidak menarik. Kan??

Lapan atlet wanita Malaysia yang cantik dan mempunyai ramai pengikut di Instagram ni buktikan bahawa meskipun bersukan mereka tetap boleh kelihatan anggun! Cair hati abang abang!


 

1. Farah Ann

Farahann3
sumber: instagram

Siapa tak kenal dengan Farah Ann ni kan? Gadis berusia 24 tahun ini bukan sahaja memiliki rupa yang jelita, namun sangat berbakat dalam bidang gimnastik artistik wanita. Dilahirkan di Subang Jaya, Selangor, Farah Ann berdarah Melayu-Inggeris yang mana ibunya berasal dari Kanada.

Namanya mula menjadi sebutan ramai selepas memenangi pelbagai pingat di Sukan SEA serta pernah menjadi mangsa kritikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Baharom kerana menampakkan alat kelaminnya melalui pakaian leotards. Setakat ini, Farah Ann dah berjaya kumpul empat pingat emas dan beberapa lagi pingat lain dalam acara Sukan SEA dari tahun 2011 hingga 2017.

Instagram: farahann94

Farahann4
sumber: instagram
Farahan2
sumber: instagram

 

2. Nur Izwani Azman

Niena 2
sumber: instagram

Tunang kepada pemain gitar kumpulan Kristal, Rody ini dikatakan sebagai antara penjaga gol futsal wanita yang paling cantik di Malaysia! Mana tidaknya, Nur Izwani atau lebih dikenali sebagai Niena Azman ini masih mampu maintain cantik dan berambut panjang meskipun dah join sukan futsal sejak tahun 2004.

Sebelum terjun ke sukan futsal, Niena aktif dalam pemainan bola jaring dan juga pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan dari Universiti Malaya. Pencapaian terhebatnya ialah dengan menyertai permainan futsal sebagai penjaga gol wanita di Sukan SEA 2017 lalu.

Instagram: niena_azmann

Niena 4
sumber: instagram
Niena 3
sumber: instagram

 

3. Goh Liu Ying

Goh 3
sumber: instagram

Nama Goh Liu Ying mula disebut-sebut selepas memenangi pingat perak dalam acara badminton beregu campuran dengan pasangannya Chan Peng Soon semasa Sukan Olimpik 2016. Sejak dari itu, Liu Ying dan Chan Peng Soon sering berada di carta 10 terbaik dalam beregu campuran dunia. Selain terlibat dalam aktiviti sukan, kejelitaan Liu Ying membuatkan dia sering menjadi model dan duta beberapa produk di pasaran seperti 100 Plus dan Daikin.

Instagram: gohliuying

Goh 5
sumber: instagram
Goh 2 1
sumber: instagram

 

4. Leong Mun Yee

Mun Yee
sumber: instagram

Mungkin ramai yang kenal dengan Pandela Rinong kerana kehebatannya dalam acara renang, namun tidak ramai yang dengar akan nama Leong Mun Yee yang juga sama hebat seperti rakan seperjuangannya itu. Penerjun yang berasal dari Perak ini telah meraih 17 buah pingat emas sepanjang penyertaan sejak SUKAN SEA 1997 yang diadakan di Jakarta. Wow!

Berusia 33 tahun, Mun Yee bukan sahaja tangkas di kolam renang, namun seorang yang jelita dan sangat pentingkan pendidikan walaupun sibuk dengan aktiviti sukan. Dia terpaksa mengambil masa selama 10 tahun sebelum berjaya genggam Ijazah Sarjana Muda dalam Bahasa Moden dan Komunikasi di Universiti Putra Malaysia. Hebat! 

Instagram: leong_munyee

Mun Yee 2
sumber: instagram
Mun Yee 3
sumber: instagram

 

5. Janice Woon

Janice 3
sumber: instagram

Janice atau nama penuhnya Janice Woon Khe Wei seorang pemain badminton profesional dalam acara beregu wanita. Pernah menjadi pemain beregu wanita ke-9 hebat dunia, Janice mula mencipta nama dengan merangkul pingat emas di Sukan Komanwel 2014. Sehingga setakat ini, Janice telah mengumpul sebanyak 18 pingat dengan lapan darinya merupakan pingat emas dalam pelbagai acara wanita.

Instagram: janicewoon

Janice 1
sumber: instagram
Janice 2
sumber: instagram

 

6. Syaidatul Afifah

Syaida 4
sumber: instagram

Selain daripada Shalin Zulkifli, Syaidatul Afifah juga antara pemain bowling yang hebat dan pernah mendapat jolokan sebagai ratu bowling negara. Dia sebelum ini pernah menggondol tiga pingat emas, satu perak dan dua gangsa ketika Sukan SEA 2015 lalu. Ketika tidak terlibat dalam sebarang acara sukan, Afifah gemar berkongsi fotonya bercuti bersama keluarga di Instagram untuk tatapan pengikut.

Instagram: syaidatulafifah

Syaida 3
sumber: instagram
Syaidatul
sumber: instagram

 

7. Tanalaksiumy Mahenthiran

Tana 1
sumber: instagram

Jangan terkejut kalau kami beritahu bahawa atlet olahraga yang pernah mewakili negara dalam acara 4×400 meter ini merupakan antara finalis Miss Universe Malaysia 2017. Padanlah dia mendapat perhatian semasa Sukan SEA 2017 lalu kerana ramai yang cair dengan penampilannya yang cantik dan tinggi lampai walaupun berpeluh di tengah balapan. Fuh!

Tana juga difahamkan bekerja sebagai seorang akauntan dan gemar menyanyi, menari serta berlakon. Wow!

Instagram: tanalaksiumy.mr

Tana 2
sumber: instagram
Tana 4
sumber: instagram

 

8. Anja Chong

Anja 1
sumber: instagram

Jelitawan bernama Anja Chong ini telah mencipta rekodnya yang tersendiri apabila memenangi pingat emas dan dua gangsa dalan acara luncur ais di Sukan SEA 2017 lalu. Baru berusia 23 tahun, Anja telah melibatkan diri dalam acara luncur ais sejak tahun 2008 lagi. Sepanjang penglibatannya, dia telah mencapai pelbagai kejayaan termasuklah pernah mewakili Singapura dalam acara figure skating di 2008 Asian Junior Challenge.

Instagram: anjachong

Anja 2
sumber: instagram
Anja 3
sumber: instagram

Hebatnya semua atlet wanita ni! Tak sangka disebalik wajah yang jelita, mereka juga tangkas di gelanggang permainan.

Baca: 10 Pemain Bola Sepak Tempatan Kurang Dapat Perhatian Ramai Tetapi Hebat di Padang 

Lelaki

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.