Macam yang korang tahu, pendapatan selebriti-selebriti Hollywood ni memang banyak. Tapi kalau nak ikutkan, selebriti wanita kebanyakannya mempunyai pendapatan yang lagi banyak dari suami dorang tau!
Nak tahu pendapatan sebenar selebriti ni memang agak sukar sebab dorang ni bukannya buat duit melalui kerjaya je, tapi ada juga benda lain seperti projek sampingan, partnership, endorsement dan lain-lain.
Jadi kalau nak tahu siapa selebriti yang mempunyai pendapatan yang lebih banyak dari pasangan dorang, baca dekat bawah ni.
1. Kourtney Kardashian & Travis Barker
Sejak Keeping Up With The Kardashian ditayangkan, Kourtney Kardashian telah pun mendapat pendapatan yang agak lumayan. Kini, nilai keuntungan yang dibuat oleh Kourtney mencecah ke US$65 juta. Tapi, suaminya Travis Barker yang juga pemain drum untuk Blink-182 juga tak jauh ketinggalan, dia mempunyai pendapatan sebanyak US$50 juta.
2. Jennifer Lopez & Ben Affleck
Jennifer Lopez dan Ben Affleck merupakan pasangan yang mempunyai kerjaya yang cemerlang dalam bidang masing-masing. Tapi di antara mereka ini, Jennifer mempunyai pendapatan yang lebih tinggi iaitu sebanyak US$400 juta iaitu lebih kurang US$40 juta setahun. Namun begitu, Ben juga tak kurang hebatnya, dia mempunyai nilai keuntungan keseluruhan sebanyak US$150 juta.
3. Blake Shelton & Gwen Stefani
Blake Shelton dan Gwen Stefani telah pun berkahwin pada 3 Julai 2021 yang lalu dan sebagai pasangan, mereka mempunyai kewangan yang sangat-sangat kukuh. Blake mempunyai nilai keuntungan sebanyak US$100 juta dan Gwen pula sebanyak US$150 juta.
4. Serena Williams & Alexis Ohanian
Orang yang tak pernah tengok sukan tenis pun tahu dengan nama pemain tenis terkenal dunia Serena Williams. Jadi memang tak hairanlah kalau dia mempunyai nilai keuntungan sebanyak US$250 juta selama tiga dekad menjadi seorang pemain tenis. Manakala suaminya yang merupakan pengasas bersama Reddit pula mempunyai nilai keuntungan sebanyak US$40 juta.
5. Meryl Streep & Don Gummer
Pasangan yang telah berkahwin selama hampir 46 tahun ini dikatakan telah berkongsi keuntungan pendapatan mereka. Namun begitu, kalau kita bahagikan harta dorang, Meryl Streep mempunyai nilai keuntungan sebanyak US$160 juta dan Don Grummer pula sebanyak US$10 juta.
6. Anne Hathaway & Adam Shulman
Anne Hathaway merupakan salah seorang pelakon wanita Hollywood yang popular dan digemari ramai, jadi memang tak hairan kalau dia mempunyai nilai keuntungan sebanyak US$80 juta. Manakala suaminya pula, Adam Shulman hanya mempunyai nilai keuntungan sebanyak US$1 juta. Tapi kalau untuk kita ni, sejuta pun dah banyak dah!
7. Cameron Diaz & Benji Madden
Walaupun pasangan ni jarang menonjolkan diri, pendapatan dorang memang sangat menonjol ya! Cameron Diaz dianggarkan mempunyai nilai keuntungan sebanyak US$140 juta dari kerjayanya sebagai pelakon manakala suaminya yang merupakan ahli kumpulan Good Charlotte mempunyai net worth sebanyak US$40 juta.