in

7 Perkara Tentang PRU14 Melibatkan Tun M

Mahathir 1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
7 Perkara Tentang PRU14 Melibatkan Tun M
Loading
/

Hari ini kita bangun dengan semangat yang baru, negara yang baru, kerajaan baru dan paling penting, Perdana Menteri yang baru!

Tun Dr Mahathir Mohamad telah pun mengangkat sumpah dan kini secara rasmi merupakan Perdana Menteri Malaysia ke-7. Upacara yang dihadiri beberapa pemimpin Pakatan iaitu, Datuk Seri Wan Azizah, Mat Sabu dan Muhyiddin Yassin itu berlangsung di Istana Negara pada jam 9.30 malam di hadapan Yang Di-Pertuan Agong (YDPA).


Sejarah tercipta, Barisan Nasional tumbang buat pertama kali dalam sejarah pilihan raya dan ternyata, pengaruh Tun Mahathir masih kuat dan rakyat Malaysia masih sayangkan beliau!

Di sebalik kegembiraan dan kejayaan yang beliau peroleh, ini 7 Perkara Tentang PRU14 Melibatkan Tun M!

 

1. Dilantik 2 kali sebagai Perdana Menteri

Tun 1

Bapa Pemodenan ini meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri ke-4 secara rasmi pada tahun 2003 dan menerima penghormatan serta sanjungan dari seluruh dunia. Kini, beliau bersama kerajaan pimpinannya sekali lagi akan mentadbir negara sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7!

https://www.youtube.com/watch?v=7yGb19zcKEo

 

2. Perdana Menteri Tertua di Dunia

Tun Hasmah
sumber: facebook

Bukan sekadar sejarah Malaysia, nama Tun kini disebut kerana turut mencipta sejarah dunia. Pada usia 93 tahun, Tun Mahathir masih gagah dan bersemangat untuk menggalas tanggungjawab dan amanah demi membentuk Malaysia yang baru! Moga Allah panjangkan umur Tun….

 

3. Wanita Sebagai Timbalan

Wan Tun
sumber: blog

Memang banyak sejarah tercipta dari PRU ke-14 ni. Termasuklah, Malaysia bakal mempunyai Timbalan Perdana Menteri yang digalas oleh wanita buat pertama kalinya! Girl power!

Rakyat begitu kagum dengan kekuatan yang dimiliki Datuk Seri Wan Azizah selepas apa yang menimpa suami dan keluarganya. Bukan saja penantian rakyat berbaloi tapi juga kesabaran Wan Azizah berbayar apabila kini dia mampu duduk sebaris dengan lelaki yang sinonimnya menjadi pemimpin!

 

4. Tsunami Rakyat Bukti Aura Tun Masih Berbisa

Tun Himpun
sumber: blog

Jangan main-main dengan rakyat okay! Dengan pimpinan Tun, Pakatan Harapan buktikan bahawa mereka mampu tumbangkan kerajaan Barisan Nasional melalui undian dari rakyat. Dari situ kita dapat lihat betapa kuatnya aura Tun sehingga mampu mencipta sejarah negara dan dunia!

 

5. Pihak Lawan Takutkan Tun, Poster Dikoyak dan Dibuang

Punyalah takut ye pihak lawan tu sampaikan poster pun dikoyak. Itu belum lagi bersua muka jumpa Tun depan-depan. Terkincit kot? Hehe

 

6. UMNO ke PPBM

Parti Pribumi
sumber: malay mail

Seperti semua tahu, dulu Tun merupakan pengerusi UMNO tapi selepas tu beliau tubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Walaupun pendaftaran PPBM dibatalkan before kabinet dibubar, Tun seorang yang sangat bijak. Beliau kemudian bersepakat dan bertanding di bawah Parti Keadilan Rakyat (PKR).

 

7. Mengaku Kesilapan

Tun Maaf
sumber: berita harian

Tun sangat dihormati oleh ramai orang di seluruh pelusuk dunia. Pengakuan kesilapan semasa pimpinannya yang terdahulu membuatkan rakyat membuka mata dan memilih Tun untuk membentuk kerajaan baru demi membetulkan kesalahan dilakukan oleh pimpinan pihak lawan.

Rakyat Malaysia akan sentiasa menyokong dan berada di belakang Tun yang tidak pernah penat untuk menjaga Malaysia. Selamat datang era baru, selamat kembali Tun!

Baca: Welcome Back Tun!

Tun M 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.