in

7 Pencipta Hebat Yang Terbunuh Dengan Alat Ciptaan Mereka Sendiri

Collagefeat

Kemudahan yang kita ada sekarang ini merupakan hasil ciptaan pencipta-pencipta bijak yang mahukan manusia terus maju dan mendapat pelbagai kemudahan. Namun begitu, kadang-kadang ciptaan dorang ini juga boleh menyebabkan berlakunya kejadian tragik.

Antaranya seperti Franz Reichelt yang telah kehilangan nyawa selepas dia cuba untuk terjun dari Menara Eiffel dengan memakai baju payung terjun yang diciptanya. Kalau korang nak tahu, ramai sebenarnya pencipta hebat ni yang terbunuh kerana alat ciptaan dorang sendiri. Kalau korang nak tahu siapa, jom baca!

Artikel berkaitan: 6 Saintis Wanita Ini Berjaya Cipta Sejarah Tapi Tak Dapat Apa-apa Penghargaan

Artikel berkaitan: Ini 5 Orang Terkenal Yang Dah Meninggal Dunia Tapi Anggota Badan Masih Wujud Sampai Sekarang

1. Valerian Abakovsky

Photo2 313

Valerian Abakovsky merupakan pencipta dari Rusia yang meninggal dunia di usia 25 tahun ekoran ciptaannya yang dinamakan Aerowagon. Ia merupakan satu prototaip untuk kereta api pantas yang dicipta untuk membawa pegawai Soviet. Ketika ujian ke atas Aerowagon ini dibuat, ia telah menyebabkan kematian enam dari 22 penumpang termasuk Abakovsky sendiri.

2. Marie Curie

Licensed Image

Siapa je yang tak kenal dengan saintis wanita Marie Curie ini? Dia telah berjaya mendapat pelbagai pencapaian penting sepanjang kehidupannya termasuklah pengiktirafan sebagai penerima wanita sulung Hadiah Nobel, serta wanita pertama yang meraih dua Hadiah Nobel, kerana penemuan radioaktiviti.

Curie yang diiktiraf atas penemuan unsur radioaktif seperti radium dan polonium ini malangnya, meninggal dunia akibat pendedahan radiasi hasil daripada usaha penyelidikannya.

3. Max Valier

Bundesarchiv Bild 102

Max Valier merupakan peserta aktif di dalam persatuan roket Jerman pada tahun 1920-an dan telah mencipta enjin roket bahan api cecair yang inovatif ketika menjadi ahli.

Namun pada 1930, Valier telah mati dengan tragik apabila enjin menggunakan cecair alkohol ini telah meletup ketika dia melakukan ujipandu di Berlin.

4. Horace Lawson Hunley

Submarine Drawing Ship Hunley Hl Wartime Vessel February 1864.Jpg

Horace Lawson Hunley, seorang marin telah mencipta kapal selam semasa Perang Saudara Amerika. Salah satu ciptaannya, H. L. Hunley, telah menjadi alat yang berbahaya.

Ini kerana, ketika Hunley mengambil alih kawalan ketika ujian pelayaran pada 1863, kapal selam tersebut tak timbul dan Hunley serta tujuh krew yang lain mati lemas.

5. William Bullock

Images

Mesin cetak berputar yang dibuat untuk mencetak akhbar telah memainkan peranan penting dalam dunia moden, namun ciptaan ini telah meragut nyawa penciptanya, William Bullock.

Ini kerana, kaki Bullock telah tersangkut pada mesin tersebut ketika dia memasang ciptaannya itu di Philadelphia sekaligus menyebabkan dia mendapat gangren dan meninggal dunia ketika pembedahan susulan.

6. Thomas Andrews Jr

Andrews 500.Jpg

Pembuat kapal British, Thomas Andrews Jr merupakan orang yang bertanggungjawab mereka plan untuk kapal RMS Titanik, kapal terkenal yang telah karam di lautan Atlantik.

Andrews merupakan salah seorang penumpang ketika pelayaran pertama Titanic yang karam dan menyebabkan kematian sebanyak lebih 1,500 penumpang dan krew kapal.

7. Franz Reichelt

Main Qimg 3B84Ff3Eab7D5C246801244C354B8C11 Lq

Tukang jahit, Franz Reichelt telah meninggal dunia pada 1912 di Paris selepas dibunuh oleh ciptaannya sendiri.

Reichelt telah mencipta satu baju payung terjun dan membuat keputusan untuk mencuba ciptaannya itu dengan terjun dari dek pertama Menara Eiffel. Malangnya ciptaanya ini ternyata gagal dan menyebabkan kematian lelaki ini.

Malah, insiden ini turut dirakamkan dalam bentuk filem.

Sumber: Stars Insider