Henna adalah satu trend terkini yang diminati ramai, terutamanya pengantin. Kalau dulu, pelukis henna hanya boleh dijumpai di Masjid India, Kuala Lumpur tetapi kini anda sudah boleh dapatkan servis pelukis henna melalui atas talian sahaja.
Pelukis henna sememangnya terlalu ramai untuk kami senaraikan kesemuanya. Ramai di antara anda juga familiar dengan pelukis henna yang sudah popular dan mempunyai ramai followers. Jadi kali ini, kami senaraikan pilihan lain bagi pelukis henna di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
1. Ned Henna

Bermula dengan minat, kini melukis henna menjadi sumber pendapatan buat Ned. Tunjukkan sahaja design yang anda mahukan, hasilnya pasti membuat anda terpegun.
Instagram: nedhenna


2. Melurizabyel

Dari design yang ringkas hingga yang merumitkan, serahkan sahaja padanya. Kekemasan hasil kerjanya akan mengukir senyuman di wajah setiap bakal pengantin.
Instagram: melurizabyel


3. Project Henna

Melihat hasil kerjanya sudah cukup membuat anda teruja dan tidak sabar. Tak kira di tangan atau di bahagian kaki, lukisan dihasilkan memang mengagumkan.
Instagram: projecthenna_


4. Harma Henna

Meskipun design yang dilukis nampak rumit, hasilnya tetap kemas dan cantik di tangan setiap bakal pengantin. Tidak kira inai merah atau putih, anda pasti terpegun dengan kreativitinya.
Instagram: harma_henna


5. Normie Henna

Setiap lukisan yang dihasilkan tampak begitu kemas dan teratur. Ternyata bakat melukis henna yang ada padanya tidak disia-siakan. Normie juga begitu teliti dalam menghasilkan lukisan henna buat pelanggannya.
Instagram: normie_henna


6. Alia Henna Design

Selain servis ke rumah, anda juga boleh dapatkan servis Alia di Uptown Danau Kota kerana ada booth di sana yang dibuka pada waktu malam. Bukan hanya melukis henna, inai juga ada dijual di sana.
Instagram: elmyliana_alia_henna


7. Shirah Henna

Shirah Henna boleh menghasilkan lukisan henna yang unik dengan harga yang berpatutan. Jika anda tinggal di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, boleh dapatkan servis Shirah!
Instagram: shirahhenna


