Kek adalah antara pencuci mulut paling popular dan diminati ramai. Tidak kira apa pun perisa, setiap penggemar kek pasti ada kegemaran mereka sendiri. Jika anda penggemar kek, ini 8 jenama kek lokal di Instagram anda perlu cuba!
1. The Kitchen Guardian
Selepas beberapa tahun menjalankan bisnes secara atas talian, pemilik The Kitchen Guardian iaitu Haqyani Othman baru-baru ini akhirnya membuka kafe di Saville Melawati. Haqyani menamakan kafenya The Hyacinth Cafe dan antara kek yang diminati ramai adalah Victoria Sandwich, Rose Pistachio dan Vanilla Malt Cake. Kek Thai Milk Tea pun ada!
Instagram: thekitchenguardian
2. Sugary Sofea Nadine
Merupakan antara kedai kek atas talian paling popular di Kelantan, pencuci mulut yang dihasilkan pasti akan membuat anda yang berada di Kuala Lumpur ingin mencuba. Kek perkahwinan serta cheesecake adalah kepakarannya dan pavlova adalah salah satu kek paling digemari pelanggan.
Instagram: sugarysofeanadine
3. Baked in Chelsea
Melihat gambarnya sahaja sudah cukup membuat anda terliur! Setiap jenis naked cake yang dihasilkan mendapat sambutan hangat dari pelanggan. Kalau anda mahu tahu keistimewaan setiap kek yang dihasilkan, anda boleh tempah melalui laman web www.bakedinchelsea.oddle.me
Instagram: bakedinchelsea
4. Gula Cakery
Gula Cakery mempunyai kafe yang terletak di Kota Kemuning, Shah Alam. Selain pencuci mulut, kafe ini turut menjual makanan western seperti chicken chop dan spageti. Apa yang menariknya, mereka turut mempunyai kelas baking untuk kanak-kanak! Best kan?
Instagram: gulacakery
[sociallocker id=1666]
5. Scrumptious Sugar
Scrumpitous Sugar baru sahaja membuat perasmian pembukaan kafe pada 21 Januari 2017. Bertapak di Bukit Jelutong, pelbagai jenis kek boleh didapati setiap hari yang dijual mengikut slice di kafe ini. Anda perlu cuba Nutty Salty Cookie dan Boston Cream Donut dari mereka!
Instagram: scrumptioussugar
6. Cupcakes Confetti
Dimiliki oleh dua wanita, Cupcakes Confetti terkenal dengan dekorasi kek bercorak bunga. Dekorasi bunga yang dihasilkan bukanlah dari bunga segar atau hiasan, tetapi dibuat sendiri menggunakan buttercream. Kreatifnya! Sekali pandang, dekorasi bunga yang dihasilkan nampak begitu sempurna dan seperti bunga hiasan sebenar.
Instagram: cupcakesconfetti
[/sociallocker]
7. Cantek Sekali
Sesuai dengan nama, memang kek, cupcakes dan pelbagai pencuci mulut yang dihasilkan nampak begitu cantik! Rasa sayang nak makan. Cantek Sekali bertapak di Terengganu dan selepas berjaya dalam perniagaan atas talian, kini terhasil CantekSekali Studio yang terletak di Jalan Tengku Ampuan Mariam, Kuala Terengganu.
Instagram: canteksekali
Kalau luaran pun dah cantik, mestilah isi dalam sedap kan? Apa tunggu lagi, cepat pergi order!