in

7 ‘Highlights’ Grammy Awards Yang Buat Ramai Netizen Teruja

FI GRAMMY

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa je yang tak pernah tengok ‘Grammy Awards’ ni kan? Buat yang tak tahu, ‘Grammy Awards’ ialah anugerah yang disampaikan oleh akademi rakaman untuk mengiktiraf pencapaian cemerlang dalam industri muzik di Amerika Syarikat.

‘Grammy’ ni boleh dianggap sebagai salah satu daripada empat anugerah hiburan tahunan utama Amerika selain daripada Anugerah Akademi untuk pencapaian filem, Anugerah Emmy untuk pencapaian televisyen dan Anugerah Tony untuk pencapaian teater.


Baru-baru ini, @ehmalaysia ada memuatnaik satu video menunjukkan 7 ‘highlights’ Grammy Awards yang buat ramai netizen teruja.

@ehmalaysia

Fun facts yang berlaku di #grammy hari ini! #ehmalaysia

♬ Kiss Me More (feat. SZA) – Doja Cat

Jom kita tengok satu persatu apa momen-momen menarik yang berlaku sepanjang award ni!

1. Aksi V, anggota BTS berbisik ke telinga Olivia Rodrigo

A

Mesti ramai kan yang minat dengan V, anggota BTS yang sememangnya terkenal dengan wajah yang tampan ni. Ramai peminat yang menunjukkan rasa cemburu bila kamera sempat merakamkan V bisik kat telinga Olivia ni di awal persembahannya. Dorang bisik apa tu agak-agak?

2. Lady Gaga bantu Sza Naik Pentas

B

Lady Gaga ni memang terkenal dengan sikap humble dan waktu ‘Grammy Award’ ni, Gaga sempat bantu Sza naik pentas dengan memegang dress Sza yang meleret ni untuk menerima trofi Duo Terbaik bersama Dojacat.

3. Trofi Olivia Rodrigo jatuh dan patah

C

Waktu ‘Grammy Award’ ni berlangsung, Olivia Rodrigo dah tapau 3 anugerah namun semasa dia sibuk bergambar, salah satu daripada trofi jatuh dan patah. Nasib baik trofi lain tak jatuh!

4. Billie Eilish sarung baju T cetakan wajah Taylor Hawkins

D

Kebanyakan netizen teruja dan terharu bila Billie pakai baju dengan cetakan Taylor Hawkins, anggota Foo Fighters yang baru sahaja meninggal dunia.

5. Dua Lipa tak hantar pencalonan

E

Lagu ‘Levitating’ nyanyian Dua Lipa tak tersenarai dalam sebarang kategori sebab penyanyi ini sendiri yang tak hantar pencalonan sebab tak mahu iktiraf rakan duetnya, DaBaby yang bersikap homophobic.

6. Arooj Aftab, warga Pakistan pertama terima trofi ‘Grammy’

F

Arooj Aftab telah memenangi kategori Best Global Music Performance dan juga tercalon bagi kategori Artis Baru Terbaik. Memang padulah!

7. Dua Lipa, Megan Thee Stallion tiru gimik Mariah Carey

G

Netizen layan habis bila duo ini meniru semula gimik yang pernah dilakukan Mariah Carey dan Whitney Houston di MTV Awards suatu ketika dahulu

Haa..menarik tak ‘momen’ Grammy Awards kali ni? Korang mesti tak perasan kan?

Baca: “BTS Menang 9 Anugerah Di ‘2021Mnet Asian Music Award’,Hadiah Buat ARMY!

BTS

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.