in

7 Filem Yang Paling Dinanti-Nantikan Tahun 2024

Collage 47

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tahun 2024 memang banyak filem-filem yang akan ditayang di pawagam dan antaranya merupakan filem yang dinanti-nantikan ramai ekoran tayangan yang ditangguhkan kerana protes Hollywood yang berlaku tahun lepas.

Pejam celik, pejam celik, tahun 2024 hanya berbaki lima bulan sahaja lagi. Tapi masih banyak filem-filem menarik yang menunggu masa untuk ditayangkan di pawagam. Jadi apa kata kita tengok antara filem-filem menarik yang akan ditayangkan pada tahun ni.


Artikel berkaitan: 5 Filem Paling Romantik Sepanjang Zaman Ni Confirm Buat Korang Percaya Cinta Semula!

Artikel berkaitan: Lufthansa Heist: Kisah Disebalik Rompakan Filem ‘Goodfellas’, Berjaya Curi US$6 Juta Dari Lapangan Terbang New York

1. Deadpool & Wolverine (26 Julai)

Ryan Reynolds akan memainkan semula peranan utamanya dalam filem ketiga francais Deadpool yang menggabungkan dia dengan pelakon, Hugh Jackman yang membawa watak Wolverine dari francais X-Men.

Filem ini telah diundi sebagai filem yang paling dinanti-nantikan untuk tahun 2024.

2. Trap (9 Ogos)

Trap merupakan filem psikologi thriller dari pengarah terkenal M. Night Shyamalan yang dibintangi oleh Josh Harnett. Filem ini mengisahkan tentang seorang bapa dan anak yang telah menghadiri satu konsert sebelum mendapati diri mereka berada di pusat pemburuan pembunuh yang sedang melarikan diri.

Kalau korang kenal dengan M. Night Shyamalan korang mesti tahu yang pengarah ni sering memasukkan unsur plot twist dalam filemnya ini dan benda tu selalunya mesti sesuatu yang kita memang tak sangka-sangka!

3. Beetlejuice 2 (6 September)

Tim Burtons kembali semula untuk mengarahkan filem follow up 1987, Beetlejuice. Lebih menarik lagi, Michael Keaton sendiri akan mengekalkan wataknya sebagai hantu dalam filem tersebut dan watak utama lain seperti Winona Ryder dan Catherin O’Hara juga akan turut kembali bersama muka baru, Jenna Ortega.

4. Transformers One (20 September)

Chris Hemsworth, Scarlett Johansson, Keegan-Michael Key, Jon Hamm, Laurence Fishburne dan Brian Tyree Henry adalah beberapa bintang. yang akan muncul dalam filem terbaru Transformers One.

Menurut pengarah, Josh Cooley, filem ini merupakan filem asal yang akan mengambil tempat di Cybertron iaitu tempat asal Autobots dan Decepticons.

5. Wolfs (20 September)

George Clooney dan Brad Pitt telah meneruskan gabungan mereka dengan filem terbaru dari Jon Watts, Wolfs. Filem psikologi thriller ini menceritakan tentang dua pembunuh upahan yang bersaing untuk satu job yang sama.

6. Joker: Folie a Deux (4 Oktober)

Lady Gaga akan menyertai Joaquin Phoenix dalam siri sekuel Joker. Menariknya, ia akan mengetengahkan tema muzikal dengan menampilkan Lady Gaga sebagai Harley Quinn manakala Joaquin Phoenix akan memainkan perananya sebagai Arthur Fleck.

7. Venom: The Last Dance (25 Oktober)

Tom Hardy kembali sebagai Eddie Brock/Venom yang sepatutnya dijadualkan untuk ditayang pada musim panas lalu. Eddie dan Venom sedang dalam pelarian kerana diburu oleh kedua-dua dunia mereka. Kedua-dua mereka terpaksa membuat keputusan yang dahsyat sebelum tirai dua dunia ini tertutup selamanya.

Sumber: Variety

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.