in

7 Atlet Olimpik Terbaik & Menang Pingat Terbanyak Sepanjang Zaman

Collage 56

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap kali berlangsungnya Olimpik, kita dapat tengok sendiri ratusan atlet-atlet hebat dari seluruh dunia berkumpul bersama-sama untuk bertanding dalam pelbagai acara sukan.

Di antara mereka ini, terdapat beberapa atlet yang lebih bersinar berbanding yang lain ekoran pencapaian mereka dalam acara yang dipertandingkan serta memecahkan rekod dunia sehingga menjadi atlet terbaik.


Jadi untuk artikel kali ini, jom kita tengok atlet mana yang telah memenangi pingat paling banyak dalam sukan Olimpik sepanjang zaman.

Artikel berkaitan: Kisah Marie Antoinette, Wanita Tanpa Kepala Yang Curi Tumpuan Di Olimpik Paris

Artikel berkaitan: “Tarik tali pun ada?” – 7 Sukan Yang Dah Tak Wujud Dalam Acara Olimpik Moden

7. Jesse Owens

Gettyimages 3290617

Jesse Owens merupakan atlet trek dan padang Amerika. Dia telah memenangi empat pingat emas di Olimpik Berlin 1936 di dalam acara 100m, 200m, lompat jauh dan 4x100m.

Untuk pengetahuan korang, kemenangan Owens ketika bertanding di Jerman pada zaman Nazi ini merupakan kejayaan yang sangat bersejarah. Ini kerana, Adolf Hitler telah menggunakan sukan Olimpik ini untuk menunjukkan kekuasaan Aryan (orang kulit putih).

Jadi, apabila Owens yang merupakan orang kulit hitam telah berjaya memenangi empat pingat emas, ia sekaligus menentang ideologi Hitler dan telah dijadikan sebagai simbol kesaksamaan kaum dan keberanian.

6. Mark Spitz

Mark Spitz Olympic Games Munich West Germany 1972.Jpg

Mark Spitz merupakan perenang Amerika yang telah memenangi 7 pingat emas di Olimpik Munich 1972 dan setiap satu daripadanya telah memecahkan rekod dunia.

Spitz juga pernah bertanding untuk Olimpik 1968 dan sepanjang kerjayanya, dia telah memenangi sebanyak 9 pingat emas dan satu pingat gangsa.

Perenang ini juga telah memegang rekod sebagai atlet yang memenangi paling banyak pingat emas dalam satu Olimpik sehinggalah rekod itu diambil oleh Michael Phelps.

5. Paavo Nurmi

Paavo Nurmi Of Finland Wins Nine Olympic Medals During Summer Olympic Games In Antwerp Belgium 1920.Jpg

Paavo Nurmi yang terkenal dengan gelaran “Flying Finn” merupakan pelari jarak jauh terhebat. Nurmi telah bertanding dalam Olimpik 1920, 1924 dan 1928 serta memenangi sebanyak 9 pingat emas dan tiga pingat gangsa.

Salah satu kejayaan terbaiknya adalah memenangi perlumbaan 1500m dan 5000m dalam masa satu jam di Olimpik Paris 1924.

4. Carl Lewis

Images 11

Carl Lewis merupakan atlet lumba lari padang dan trek yang telah bertanding untuk empat Olimpik iaitu tahun 1984, 1988, 1992 dan 1996.

Lewis juga telah memenangi sebanyak 9 pingat emas, satu pingat perak di dalam acara seperti lompat jauh dan pecut 100m.

Lewis merupakan figura sukan yang sangat terkenal dan persaingannya dengan Ben Johnson merupakan kisah yang besar ketika Olimpik Seoul 1988.

3. Larisa Latynina

1076852

Atlet gimnastik dari Kesatuan Soviet ini telah memegang rekod sebagai atlet Olimpik paling banyak memenangi pingat iaitu sebanyak 18 pingat selama bertahun-tahun sebelum dikalahkan oleh Michael Phelps.

Latynina telah bertanding pada Olimpik 1956, 1960 dan 1964 dan memenangi sebanyak 9 pingat emas, 5 pingat perak dan 4 pingat gangsa. Kejayaannya ini juga telah membantu Kesatuan Soviet untuk menjadi negara terbaik bagi acara gimnastik tau!

2. Usain Bolt

Usainbolt.jpg

Atlet Jamaica, Usain Bolt memang sangat dikenali dengan kepantasan lariannya di trek dan padang. Jadi memang tak hairanlah bila dia berjaya memenangi sebanyak 8 pingat emas dalam acara pecut 100m dan 200m pada Olimpik 2008, 2012 dan 2016.

Selain itu, Bolt juga masih menjadi pemegang rekod dunia untuk larian terpantas 100m (9.58 saat) dan 200m (19.19) saat sekaligus menjadikan dia sebagai pelari paling pantas sepanjang masa.

1. Michael Phelps

Phelps Medals

Siapa je yang tak kenal dengan perenang dari Amerika Syarikat ni? Kalau korang nak tahu, Michael Phelps merupakan atlet Olimpik terbaik sepanjang zaman tau!

Phelps telah memenangi sebanyak 28 pingat Olimpik dan 23 darinya adalah pingat emas!

Ketika Olimpik Beijing 2008, Phelps telah memenangi sebanyak 8 pingat emas sekaligus memecahkan rekod sebagai atlet paling banyak memenangi emas dalam satu Olimpik.

Tak cukup dengan itu, Phelps juga turut memenangi pingat pada Olimpik London 2012 dan Olimpik Rio 2016 menjadikan dia sebagai atlet paling banyak menang pingat dalam sejarah Olimpik.

Pencapaiannya ini termasuklah memecahkan beberapa rekod dunia dalam acara seperti 100m dan 200m kuak kupu-kupu dan 200m dan 400m campuran individu.

Sumber: HR

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.