in

62 Kes COVID-19 Varian Omicron Dikesan Di Malaysia Setakat Ini, 1 Kes Disyaki Penularan Tempatan – KJ

Omicron Malaysia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setakat ini, sebanyak 62 kes jangkitan virus COVID-19 varian Omicron telah dikesan di Malaysia, lapor Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

1058957 e1640402361529

Memetik The Star, 61 daripada jumlah kumulatif 62 kes dilaporkan adalah membabitkan kes jangkitan import individu yang tiba dari luar negara. Walau bagaimanapun, terdapat satu kes yang disyaki penularan tempatan dan kini sedang dalam siasatan lanjut.


Khairy mengulas, kes yang disyaki penularan tempatan itu pertama kali dilaporkan di Sarawak pada Jumaat, 24 Disember lalu membabitkan seorang warga China.

Difahamkan, individu berusia 38 tahun itu telah tiga tahun bekerja di sebuah syarikat kejuruteraan di negeri ini dan tidak mempunyai rekod perjalanan ke luar negara selama ini.

“Individu terbabit menjalani ujian COVID-19 pada 18 Disember lalu selepas mengalami demam dan batuk sejak 13 Disember lalu. Dia dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak pada Isnin 20 Disember selepas sampel didapati positif COVID-19,” kata Khairy.

c96c0f4e4433463aa961f511432589aa e1640402569396
Gambar hiasan

Tambah Khairy lagi, sampel kes telah dihantar ke Institut Kesihatan Dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) untuk ujian penjujukan genomik sebelum disahkan positif bagi varian Omicron pada Khamis (23 Disember) lalu.

Pun begitu, punca jangkitannya masih belum dikenal pasti dan siasatan masih dijalankan.

Untuk pengetahuan, pesakit terbabit telah mendapat suntikan vaksin COVID-19 penuh dan berada dalam keadaan stabil. Dua kontak rapatnya juga sudah dikenal pasti.

Sumber: The Star

Baca: Tekak Gatal & Batuk Kering Antara 5 Simptom Baru Varian Omicron

fi simptom e1640401377278

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.