Baru-baru ini, tular satu video di media sosial yang memperlihatkan sekumpulan pelajar lelaki di sebuah sekolah berasrama penuh membuli dan memukul seorang pelajar lelaki yang lain.
Menurut sumber terkini, enam pelajar yang juga suspek kes buli tersebut telah ditahan polis pada malam tadi, kata Ketua Polis Perak, Mior Faridalathrash Wahid.
https://twitter.com/redzuanNewsMPB/status/1469323415488110600
Difahamkan, empat pelajar ditahan ketika hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar, antara pukul 6 hingga 7 petang. Manakala lagi dua suspek ditahan pada malam hari yang sama.
Siasatan awal yang dilakukan mendapati kejadian itu berlaku semalam antara pukul 1 hingga 2 pagi melibatkan tujuh suspek remaja dan seorang mangsa”, jelas beliau.
Untuk rekod, kesemua pelajar yang ditahan berusia 13 tahun dan akan disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 233 Akta komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.
Difahamkan, pemilik akaun media sosial yang menularkan video tersebut turut dipanggil untuk membantu siasatan.
Sumber: FMT
BACA: Viral Video Pelajar Ditumbuk Rakan Dalam Asrama, Netizen Mahu ‘Pembuli’ Diambil Tindakan Segera