Petang semalam, peminat Kpop seluruh dunia dikejutkan dengan kematian penyanyi vokalis kumpulan Shinee iaitu Jonghyun. Menurut Koreaboo, Kim Jong-hyun, 27, telah meragut nyawanya sendiri di dalam sebuah officetel yang telah disewakannya pada jam 12.30 tengah hari pada hari yang sama.
Sebelum kematiannya, Jonghyun telah menghantar pesanan ringkas kepada kakaknya seperti memberi petunjuk bahawa dia sudah merancang untuk membunuh diri. Kakaknya kemudian menelefon polis supaya bergegas ke tempat kejadian bagi menghalang rancangannya itu namun, setibanya polis di situ, Jonghyun telah ditemui dalam keadaan tidak bernyawa.
Sejak itu, Jonghyun menjadi trending di media sosial dan semua peminat sudah semestinya bersedih dengan pemergiannya. Walau bagaimanapun, di dalam kesedihan mereka, kami ingin mengingatkan anda tentang 6 momen gembira Shinee Jonghyun yang takkan dilupakan peminatnya.
1. Meniru gaya nyanyian Michael Jackson
Peminat Jonghyun semua sedia maklum bahawa dia memang suka menunjukkan bakatnya meniru gaya nyanyian Michael Jackson di rancangan televisyen.
2. Terjatuh ketika cuba meniru gayanya dahulu
Shinee telah mencipta nama dalam dunia Kpop sejak tahun 2008 dan telah tampil dalam pelbagai iklan. Di dalam sebuah video klip, Jonghyun telah cuba untuk melakonkan semula tarian yang dilakukan di dalam iklan yang lalu. Namun, dia telah terjatuh dan video itu telah menjadi antara momen yang sering diingati peminat.
3. Jong Hyun sangat sukakan haiwan
Jonghyun memang sangat menyayangi haiwan. Dia juga turut memelihara seekor anjing yang diberi nama Roo. Selain itu, dia juga suka bermain dengan anjing peliharaan rakan kumpulannya.
4. Ahli kumpulan tak sengaja baling pen ke mukanya
Ini adalah antara momen yang buat peminat Jonghyun dan Shinee tak kering gusi. Sewaktu sedang merakam rancangan Beatles Code, rakan kumpulan, Onew dengan tidak sengaja telah mencampakkan pen ke meja dan pen tersebut telah melantun ke muka Jonghyun.
5. Kemenangan lagu solo pertamanya
Selain menyanyi untuk kumpulan Shinee, Jonghyun turut keluarkan lagu dan album solonya sendiri. Dengan suara yang lunak merdu, tidak ada peminat yang akan lupa saat dia memenangi tempat pertama di dalam rancangan muzik.
6. Parti kejutan sempena album solo pertama Jong Hyun
Sememangnya Jonghyun amat rapat dengan rakan lain dalam kumpulannya dan mereka sentiasa menyokong aktiviti satu sama lain. Oleh itu, sebagai ucapan tahniah untuk keluaran album solo pertama Jonghyun, mereka telah mengadakan parti kejutan buatnya.
Jonghyun sentiasa dikenali sebagai seorang yang periang dan sering membantu rakan dan peminat lain dalam kesusahan dan kesedihan. Siapa sangka disebalik senyumannya itu, dia sendiri sebenarnya sedang menderita.
Harap insiden ini dapat memberi kesedaran kepada orang ramai tentang betapa seriusnya masalah depresi. Selain itu, semoga dengan tragedi ini, orang ramai akan lebih peka sekiranya ada diantara ahli keluarga atau rakan kenalan yang mempunyai tanda-tanda depresi. Jangan ambil mudah atau anggap ianya satu perkara yang boleh ditertawakan.
Baca: Korang Peminat Kpop? Mesti Dah Biasa Dengan 5 Situasi Ni…