Musim perayaan Deepavali kini menjelang lagi dan akan disambut pada 24 Oktober pada tahun ini, mesti kawan-kawan yang menyambut sedang sibuk menyiapkan sajian untuk beraya bersama keluarga tercinta kan?
Setiap perayaan mesti akan ada aneka hidangan yang sangat sedap dan setiap juadah itu melambangkan identiti kaum itu sendiri. Begitu juga dengan Deepavali, pelbagai juadah istimewa yang boleh kita nikmati.
Jom kita tengok 6 makanan istimewa semasa Deepavali yang patut korang cuba!
1. Laddu
Laddu sering dijadikan sebagai pemanis mulut yang penting pada hari Deepavali. Ia diperbuat daripada tepung, minyak sapi atau mentega dan gula yang mana juga dicampurkan dengan kekacang dan kismis kering.
Oleh itu, Laddu ini diantara pemanis mulut yang digemari ramai kerana rasanya yang sangat manis dan saiznya yang kecil seperti bola golf.
2. Idli
Idli ini merupakan salah satu makanan sampingan dalam menu hidangan semasa perayaan Deepavali.
Kebiasaannya, Idli akan dimakan bersama ‘sandhini’ atau kari ayam, kari dhal dan lain-lain. Bahan utama untuk menghasilkan Idli adalah vigna mungo dan juga nasi. Jangan risau, vigna mungo itu adalah sejenis kekacang.
3. Muruku
Bila sebut je Muruku pasti ramai yang dah tahu, makanan ini juga terkenal dalam kalangan masyarakat Melayu. Muruku adalah snek goreng yang diperbuat daripada campuran lentil hitam, tepung beras dan perasa seperti cili dan biji karom (ajwain) untuk memberikan rasa yang hebat.
4. Jalebi
Jalebi ini nampak seolah-olah Muruku tapi sebenarnya ia adalah kuih pencuci mulut yang sangat manis kerana setelah siap masak, Jalebi ini akan disiram dengan sirap gula yang pekat.
5. Tose
Siapa je yang tak pernah makan tose kan? Kalau lepak dekat kedai mamak, ini adalah antara menu popular bagi ramai orang termasuk masyarakat Melayu. Ia menjadi menu utama semasa Deepavali dan selalunya enak dimakan bersama kuah ‘sandhini’. Di dalam tosai, terdapat inti kentang dan bawang yang telah digoreng sehingga rangup.
6. Panipuri
Mesti ramai yang pernah tengok Panipuri ni tapi tak tahu nama dia. Ia merupakan salah satu makanan tradisi yang sangat popular semasa Deepavali. Teksturnya yang rangup dan rasanya yang manis, masam dan pedas memang boleh buat ketagih! Makan satu confirm nak lagi!
Korang kena cuba makanan istimewa ni semua, confirm tak menyesal! Mana satu yang korang paling suka? Happy Deepavali!
Sumber : Xtra, Propsocial, Manismadu
Baca : Suka Makan Limau Mandarin Tiap Kali CNY? Ini 5 Kelebihannya Yang Ramai Tak Tahu!