in

6 Eksperimen Sains Paling ‘Creepy’ Ni Akan Buat Korang Meremang!

collage 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sains merupakan anugerah yang terhebat untuk kehidupan manusia, ia berfungsi untuk mencari penawar kepada penyakit serta memberikan banyak jawapan kepada perkara-perkara yang kita tak pernah tahu sebelum ini.

Namun begitu, sains juga boleh digunakan untuk membunuh, menyeksa dan brainwash orang. Jadi dekat bawah ni kita akan tengok beberapa eksperimen sains yang creepy dan kejam yang pernah dibuat oleh saintis. Jom tengok!


Artikel berkaitan: 5 Misteri Dunia Yang Masih Kekal Jadi Tanda Tanya, Sains Pun Tak Boleh ‘Explain’!

Artikel berkaitan: 6 Saintis Wanita Ini Berjaya Cipta Sejarah Tapi Tak Dapat Apa-apa Penghargaan

1. Unit 731

na 5b0816edcbe0e

Ketika Perang Dunia Kedua, askar Jepun telah menjalankan eksperimen peperangan kimia dan biologi ke atas orang asli Cina, Korea dan Mongolia. Eksperimen ini turut melibatkan percubaan senjata api, serangan kuman, kehamilan secara paksa serta melakukan pembedahan tanpa bius.

Diadakan pada 1938, objektif Unit 731 ini adalah untuk mencipta senjata biologi dan eksperimen ini telah disokong oleh universiti-universiti di Jepun dan sekolah-sekolah perubatan yang membekalkan doktor dan pengkaji bagi menjalankan ujikaji kejam ini.

Unit ini telah menggunakan orang-orang asli ini sebagai ‘tikus makmal’ bagi mencipta penyakit yang membunuh termasuk menjangkitkan mereka dengan kolera, antraks, wabak dan patogen lain.

Bukan sahaja apa yang dorang buat ke atas tawanan ini sangat kejam malah Jeneral Tentera Amerika Syarikat, Douglas MacArthur turut memberikan pengampunan kepada doktor-doktor Jepun yang terlibat ini dengan syarat mereka berikan keputusan yang didapati dari eksperimen tersebut.

2. Eksperimen Sifilis Tuskegee

Di Tuskegee, Alabama, Amerika Syarikat, beberapa ratus petani Afrika-Amerika yang menghidap sifilis telah terlibat dalam satu eksperimen yang dijalankan oleh Doktor Perkhidmatan Kesihatan Awam A.S selepas diberitahu bahawa mereka mempunyai ubat yang boleh merawat penyakit tersebut.

Malangnya, lelaki-lelaki yang terlibat ini telah diberikan plasebo seperti aspirin dan suplemen mineral walaupun selepas saintis mendapat tahu bahawa penicilin boleh merawat penyakit tersebut.

Doktor-doktor yang terlibat enggan memberikan rawatan yang sebenar kerana dorang nak kaji dan faham kesan penyakit sifilis ke atas badan manusia. Disebabkan ini, seramai 28 peserta kajian ini telah meninggal dunia kerana sifilis, 100 meninggal kerana kompilkasi dan lebih dari 40 pasangan dan kanak-kanak turut dijangkiti penyakit ini serta memberikan penyakit ini kepada 19 bayi yang dilahirkan.

Ekoran dari ini, undang-undang untuk menjalankan kajian ke atas manusia telah diubah dan Presiden A.S pada ketika itu Bill Clinton telah memohon maaf ke atas mangsa-mangsa eksperimen dan keluarga mereka.

3. Eksperimen Penjara Stanford

Stan

Pada 1971, sekumpulan pengkaji di Universiti Stanford telah menjalankan eksperimen bagi menyiasat penyebab berlakunya konflik di antara pegawai penjara dan banduan.

Ekoran ini, seramai 24 pelajar telah diberikan peranan sebagai banduan dan pegawai penjara dan mereka diletakkan secara rawak di dalam satu tempat yang dibuat seperti penjara.

Sepatutnya eksperimen ini perlu dibuat selama dua minggu namun ia hanya bertahan selama enam hari selepas mereka tak berjaya nak mengawal keadaan.

Walaupun telah diberitahu untuk tidak menggunakan apa-apa kekerasan, satu daripada tiga pegawai telah menunjukkan kecenderungan mereka untuk melakukan kekerasan. Malah, ramai banduan juga telah menerima kekerasan yang dibuat ke atas mereka sehinggakan dua dari mereka telah mengalami trauma secara emosi.

Kajian ini menunjukkan bagaimana kuasa sesuatu situasi boleh mempengaruhi sifat seseorang.

4. Kes Emma Eckstein

17l3J65NC2YKKBPDv794j6A

Pada 1980-an, pengasas psikoanalisis, Dr. Sigmund Freud telah membuat keputusan untuk merawat seorang pesakitnya Emma Eckstein yang dikatakan telah mengalami histeria.

Dr. Freud percaya yang dia boleh menyembuhkan Emma dengan memotong hidung wanita ini dan meminta rakannya Wilhelm Fliess untuk menjalankan pembedahan tersebut.

Malangnya, selepas pembedahan tersebut, Emma telah mengalami beberapa jangkitan dan telah menjadi cacat selama-lamanya.

5. Rawatan gila

4992534

Seorang doktor dari Hospital Sakit Jiwa New Jersey, Henry Cotton percaya bahawa penyakit dalaman telah menjadi punca seseorang itu mengalami tekanan jiwa.

Pada 1907, tanpa mendapatkan keizinan dari pesakitnya, doktor ini telah mengeluarkan beberapa anggota badan pesakit-pesakitnya termasuk gigi dan usus bagi tujuan kajian.

Kebanyakan pesakitnya ini telah meninggal dunia akibat pembedahan yang dilakukan namun Dr. Cotton menganggap ia merupakan kesan terakhir kepada penyakit psikosis.

6. The Monster Study

the monster study

Pada 1939, pakar patologi pertuturan di Universiti Iowa bercadang untuk membuktikan teori bahawa kegagapan berlaku dari tingkahlaku yang dipelajari kerana seseorang kanak-kanak itu takut untuk bercakap.

Disebabkan ini, pengkaji yang terlibat telah mengambil anak-anak yatim dan cuba untuk jadikan mereka gagap dengan memberitahu bahawa dorang ada menunjukkan tanda-tanda akan gagap dan dorang tak sepatutnya bercakap kecuali kalau dorang yakin dorang boleh cakap betul-betul.

Eksperimen yang dijalankan ini gagal membuatkan kanak-kanak yang terlibat dari menjadi gagap namun telah membuatkan mereka jadi kurang keyakinan diri, tak mahu bercampur dengan orang dan pendiam.

Sumber: Interesting Engineering, Live Science

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.