Walaupun dah lama kita meninggalkan zaman persekolahan terutamanya zaman sekolah rendah, namun kadang-kala mesti teringat jugak kan pada kenangan zaman itu.
Mana taknya, zaman sekolah memang best sebab tak payah fikir tentang wang atau pekerjaan.
Yang perlu kita lakukan ketika itu hanyalah pergi sekolah, belajar dan bergembira dengan kawan-kawan.
Oleh itu, jom kita throwback sikit enam alat tulis legend yang sering kita gunakan ketika zaman sekolah rendah dulu.
#1 Pemadam dengan bendera negeri atau negara
Ketika zaman sekolah rendah, memang ramai murid yang akan memiliki pemadam dengan gambar bendera negara ini di dalam kotak pensil masing-masing.
Selalunya, pemadam legend ini dijual di koperasi sekolah dengan harga yang cukup murah.
Jadi, ada sesetengah pelajar akan beli pemadam ini untuk dijadikan koleksi.
Sekarang ni susah sikit lah nak jumpa pemadam macam ni. Kalau ada pun, kena beli di kedai online seperti Shopee atau Lazada.
Apa yang bagusnya, pemadam ini mengajar kita untuk mengenali bendera-bendera negara di seluruh dunia.
#2 Set geometri Oxford
Rasanya pelajar-pelajar sekolah zaman sekarang pun masih guna set geometri macam ni kan.
Set geometri yang lengkap dengan jangka lukis, pensil, pembaris dan jangka sudut ini sangat penting untuk menjawab soalan Matematik.
#3 Pengasah pensil bentuk bulat dengan cermin
Apa yang menarik tentang pengasah pensil kecil ini ialah ia bukan sahaja boleh mengasah pensil, malah ia juga menjadi kegemaran kebanyakan pelajar perempuan sebab ia lengkap dengan cermin.
Jadi, budak-budak perempuan akan menggunakan cermin mini itu untuk betulkan tudung yang senget tanpa perlu ke tandas sekolah.
Sekolah rendah :
Beli sharpener bulat ada cermin semata-mata nak tunjuk kat member kau power keluarkan cermin tu. pic.twitter.com/oIMJ1DAX7Y
— Twt_Throwback (@tw_throwback) July 31, 2016
Selain itu, ada juga yang guna pengasah pensil bercermin ini untuk skodeng orang belakang.
Budak lelaki pula lebih gemar menggunakan pengasah pensil ini untuk bermain pantul cahaya dengan rakan-rakan sekelas.
#4 Kotak pensil bertingkat
Kotak pensil bertingkat ini pula sering dimiliki oleh pelajar sekolah rendah.
Memandangkan harga kotak pensil seperti ini adalah lebih mahal berbanding kotak pensil biasa, selalunya hanya pelajar yang dari keluarga yang berkemampuan sahaja yang mampu memilikinya.
Selalunya juga, kotak pensil bertingkat ini akan direka dengan corak kartun comel seperti Disney Princess untuk kanak-kanak perempuan dan SpiderMan atau kereta untuk kanak-kanak lelaki.
Disebabkan kotak pensil ini berbentuk kotak, ada juga murid sekolah rendah dulu-dulu yang menggunakannya untuk bermain perlumbaan kereta.
#5 Pensel warna jenama LUNA
Kalau korang masih ingat, ketika belajar subjek Seni dulu-dulu di sekolah rendah, kita dapat lihat ramai rakan sekelas kita yang akan mengeluarkan pensel warna jenama ini daripada beg sekolah masing-masing.
Ini kerana jenama STAEDTLER LUNA ini memang terkenal dalam kalangan murid sekolah rendah.
Min ingat lagi, pensil warna jenama ini memang digunakan untuk mewarna sebab warnanya sangat terang, sekali gus menjadikan lukisan kita lebih cantik.
#6 Kad nama
Kad nama ini pula popular dalam kalangan murid sekolah rendah dan menengah ketika waktu dulu-dulu.
Sesiapa yang berminat nak miliki kad nama seperti ini boleh memilih corak yang akan dicetak di atas kad tersebut.
Antara corak yang boleh dipilih ialah gambar artis kegemaran, animasi, sukan atau pemandangan.
Kad nama ini akan diberikan kepada sesiapa yang mahu berkenalan dengan kita. Maklumlah, zaman dulu internet mana meluas lagi kan.
Sumber: Iluminasi
Baca: Pelajar Cuba Meniru Dalam Peperiksaan, Ukir Nota Kecil Pada Pen