in

“5 tahun, 31 cawangan!” – Mee Hiris China Muslim Rai Pembukaan Cawangan Terbaru Di Sunway Putra Mall

Ft Mee Hiris Pembukaan Cawangan Sunway Putra

Mee Hiris China Muslim, jenama yang semakin mendapat tempat dalam kalangan pelanggan tanpa mengira latar belakang dan peringkat umur baru-baru ini meraikan kejayaan yang sangat luar biasa rangkaian restoran tersebut dengan pembukaan rasmi cawangan ke-31 pada 26 Ogos lalu bersempena dengan ulang tahun kemerdekaan ke-67 negara.

Menyajikan makanan China Muslim yang asli, tidak hairanlah jenama yang diperkenalkan pada tahun 2019 ini berjaya menambat hati masyarakat dan ia dibuktikan dengan kehadiran 31 rangkaian cawangan Mee Hiris China Muslim dalam tempoh hanya 5 tahun beroperasi di Malaysia.

Pelancaran besar-besaran baru-baru ini telah dihadiri oleh Tetamu kehormat, Yang Mulia Tengku Dato’ Dr Hishammuddin Zaizi, yang turut memuji pertumbuhan pesat Mee Hiris China Muslim kepada 31 cawangan dalam beberapa tahun tersebut. 

44 J0W7683

Selain itu, orang ramai terutamanya yang beragama Islam pastinya dapat menikmati pelbagai jenis makanan China Muslim yang asli dan mengikuti standard penyediaan oleh dapur pusat Mee Hiris China Muslim telah memperoleh sijil Halal, memastikan semua proses penyediaan makanan mematuhi SOP yang ketat piawaian kebersihan, seterusnya menyediakan pelanggan dengan makanan yang selamat dan berkualiti.

Mee Hiris China Muslim, yang memulakan perjalanannya di Senawang pada tahun 2019, telah berkembang menjadi jenama yang digemari ramai serta terkenal dengan dedikasinya dalam menyajikan masakan Cina Muslim terbaik di Malaysia.

46 J0W7732

Dengan kehadiran 31 cawangan di seluruh negara, Mee Hiris secara tidak langsung menjadi simbol integrasi budaya, menyatukan orang ramai melalui pengalaman berkongsi makanan. 

Jelas Pengurus Operasi Mee Hiris China Muslim, En. Elmy berkata, matlamat mereka sentiasa membawa cita rasa unik masakan Cina Muslim kepada setiap rakyat Malaysia dan pembukaan cawangan ke-31 tersebut bukanlah sekadar angka, tetapi simbol komitmen jenama berkenaan untuk menyatukan orang ramai melalui makanan. 

Dalam masa yang sama, Mee Hiris China Muslim turut berbangga dengan penganugerahan anugerah Masakan Cina Muslim Halal Paling Pesat Berkembang 2024 oleh The Knights Award. 

Acara pembukaan gilang-gemilang tersebut, turut menampilkan persembahan istimewa oleh penyanyi legenda Man Bai, yang menyambut Hari Kemerdekaan bersama penonton dengan mempersembahkan lagu ikoniknya “Kau Ilhamku” dan “Setia” sambil orang ramai mengibarkan Jalur Gemilang, menyemarakkan semangat patriotisme yang mendalam di kalangan hadirin.

Man Bai

Justeru itu, sempena meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-67, Mee Hiris China Muslim mengumumkan kempen ‘Mee-rdeka Madness’, di mana pelanggan boleh menikmati mangkuk mi kedua dengan hanya RM6.70 sepanjang bulan Ogos sehingga 16 September nanti. 

Salah satu menu yang perlu dicuba adalah “Mee Hiris Soup with Braised Beef” yang menampilkan mi tarik tangan yang segar disediakan setiap hari, dipadankan dengan sup yang kaya dan berperisa serta dihiasi dengan daging halal dan sayur-sayuran tempatan dan merupakan menu ‘best-seller’ dengan jualan lebih 1 juta mangkuk sehingga kini. 

348684495 130320113352014 7620700643202557632 N

Bagi mendapatkan tawaran Mee-rdeka Madness ini, pelanggan boleh ke mana-mana cawangan Mee Hiris China Muslim seperti yang tertera:

  1. Sunway Putra Mall
  2. ⁠Elmina Lakeside Mall
  3. ⁠TRX @ 106 Exchange
  4. LaLaport Bukit Bintang City Centre
  5. ⁠Aeon Mall Taman Maluri
  6. ⁠Tropicana Gardens Mall
  7. ⁠Jaya Shopping Centre
  8. ⁠CITTA Mall
  9. ⁠Plaza Shah Alam
  10. ⁠Central i-City
  11. ⁠Quayside Mall
  12. ⁠KSL Esplanade Mall
  13. ⁠IOI Mall Puchong

*Tertakluk Terma

Selain itu, menerusi satu kerjasama kreatif, Mee Hiris China Muslim telah bekerjasama dengan bas dua tingkat popular Kuala Lumpur, KL Hop On Hop Off, untuk menghiasi bas dengan hidangan istimewa Mee Hiris China Muslim. 

90 J0W7907

Menurut En. Elmy lagi, kerjasama berkenaan bukan sahaja mengiklankan jenama mereka, tetapi juga turut menjadi sebahagian daripada lanskap bandar dan pengalaman pelancong. Inisiatif ini membolehkan mereka mempamerkan komitmen jenama berkenaan terhadap inovasi, bukan sahaja dalam sajian mereka, tetapi juga dalam cara mereka berhubung dengan para pelanggan. 

Dengan pelancaran cawangan ke-31 tersebut, Mee Hiris China Muslim berharap untuk terus meluaskan jangkauan mereka, membawa kelazatan masakan Cina Muslim kepada lebih ramai rakyat Malaysia.

Di kesempatan ini, LOBAK MERAH ingin mengucapkan tahniah kepada Mee Hiris China Muslim atas pembukaan cawangan ke-31 tersebut. Semoga terus menghidangkan masakan Cina halal yang terbaik. Dengan komitmen mereka terhadap kualiti dan inovasi, kami berharap untuk melihat lebih banyak pencapaian menjelang Hari Merdeka seterusnya!

p/s : Jangan ketinggalan untuk mendapatkan promo Mee-rdeka Madness mereka kerana ia hanya tersedia sehingga 16 September! 

Untuk maklumat lanjut tentang semua perkara yang berkaitan dengan Mee Hiris China Muslim, lawati laman web mereka dan ikuti mereka di sosial mereka di Facebook, X (Twitter) dan juga Instagram. Untuk pertanyaan media dan maklumat tambahan, sila hubungi PR dan Hubungan Media Gabriel Teo | 011 2332 3671 Akser Ang | 011 3313 0376.