in

5 Lelaki Ditahan Gara-gara Lakukan Provokasi & Ugutan Terhadap Pelanggan Restoran Makanan Segera

Untitled Design 2024 04 16T111216.509

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui ramai di antara kita yang memilih untuk memboikot sesetengah jenama serta barangan yang berkait dengan negara Israel susulan peperangan yang kini berlaku di antaranya dengan Palestin.

Pun begitu, ramai yang berpendapat ianya adalah pilihan masing-masing dan masih banyak lagi cara lain bagi bersolidariti dengan Palestin.


Artikel berkaitan: Wanita Luah Rasa Kagum, Pasaraya Elak Jual Barangan Yang Diboikot

Artikel berkaitan: “Dia mampu buat tu…” – Iqbal Ahyar ‘Sekolahkan’ Netizen Tentang Isu Boikot

Terbaru, lima lelaki termasuk seorang anggota tentera ditahan polis kerana didakwa melakukan provokasi dan ugutan terhadap pelanggan di sebuah restoran makanan segera di Sungai Isap, Kuantan, Pahang.

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, kesemua suspek berusia dalam lingkungan 27 hingga 43 tahun ditahan di bilik Standby Detektif di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan.

Cats 11

“Siasatan mendapati, dua daripada lima suspek mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah.

Kita juga telah merampas sebuah kereta jenis Honda Jazz, sebuah kereta jenis Mitsubishi Triton, sehelai bendera bersama batang pancing, satu unit telefon bimbit jenama Redmi dan motosikal Yamaha LC, topi keledar, sehelai baju berwarna putih seluar biru serta alat kawalan jauh,” katanya.

Sebelum ini, tular satu rakaman video di laman sosial berhubung tindakan sekumpulan lelaki sedang berkempen memboikot restoran tersebut di Sungai Isap, Kuantan.

Hasil rakaman percakapan, empat suspek mengaku berada di lokasi kejadian, namun tidak melakukan sebarang ugutan jenayah terhadap mangsa.

Bagaimanapun, hanya seorang suspek yang bertindak melakukan ugutan jenayah terhadap mangsa pada hari kejadian, susulan itu, kesemua suspek ditahan reman sehingga Rabu ini bagi siasatan lanjut.

Sumber: Sinar Harian 

Sumber: The Reporter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.