in

5 Lagu Hit Hollywood Yang Asalnya Kena Reject Dengan Penyanyi Lain

Ft Lagu Hit Hollywood Yang Kena Reject Oleh Penyanyi Lain 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selain lagu-lagu di negara ini, mesti korang akan dengar lagu-lagu dari negara luar kan? Radio pun selalu je ke udarakan lagu tersebut, apatah lagi jika ada antara korang mendengar stesen radio berbahasa Inggeris.

Lagu-lagu hit yang min nak kongsikan ini mesti korang pernah dengar, tapi apa yang min nak kongsikan adalah lagu-lagu ini pada asalnya diberikan kepada artis lain sebelum ia jatuh ke tangan penyanyi yang korang dengar ini.


 

1. Wiz Khalifa : See You Again sepatutnya diberikan kepada Eminem

Sebelum Wiz Khalifa merakamkan lagu hit pada tahun 2015 dengan Charlie Puth, ia pada asalnya ditawarkan kepada rapper Eminem, tapi penyanyi lagu Mocking Bird tersebut pada masa itu sedang sibuk membikin filem Southpaw, menyaingi Fast & Furious.

Eminem Photo By Dave J Hogan Getty Images Entertainment Getty 187596325

50 Cent mendedahkan mengapa Eminem let go lagu ini sebab pada masa itu mereka perlu membuat keputusan antara mengendalikan filem [Southpaw] atau lagu untuk Fast & Furious dan Eminem memutuskan untuk melakukan Southpaw kerana dia telah melabur banyak dalam projek itu.

 

2. Miley Cyrus : We Can’t Stop pada asalnya dibuat untuk Rihanna

Dapat bayangkan macam mana We Can’t Stop ni dialunkan oleh suara unik Rihanna. Niat komposer lagu ini, Mike Will memang ditulis khas untuk dia.

“Apabila saya pada asalnya hasilkan lagu ‘We Can’t Stop,’ team kami telah melakukannya untuk Rihanna. Ideanya lebih kepada Rihanna. Tapi dia hanya mendengar ‘Pour It Up’ serta-merta, dan dia langsung tak dengar demo We Can’t Stop.”

Rihanna

 

3. Umbrella, ditulis untuk Britney Spears dan pass dekat Mary J. Blige sebelum ke tangan Rihanna

Umbrella pada asalnya ditulis untuk Britney Spears, team produksi dia tak nak ambil sebab Britney dah siapkan albumnya pada waktu itu.

Ia kemudiannya ditawarkan kepada Mary J. Blige yang juga menolaknya sebelum diberikan kepada Rihanna atau lebih mesra dengan gelaran RiRi dan penangannya boom! Lagu ini jadi hit dan stuck dalam kepala kita Umbrella, ella,ella, eh, eh, eh…Malah, lagu ini masih evergreen.

Britney

 

Hasilnya, lagu inilah yang menaikkan namanya dipersada seni sehingga memenangi anugerah Grammy pada tahun 2008.

 

4. Black Widow dari Iggy Azalea hampir dilupuskan sebab Katy Perry tak nak guna untuk albumnya

Katy Perry sebenarnya adalah co-writer untuk lagu ini dan ada buat kolaborasi dengan Iggy. Bagaimanapun, ianya terbatal sebab Katy tak pilih lagu ini untuk dimasukkan ke dalam albumnya. Jadi, Iggy convinced kepada Katy Perry

“Dia baru sahaja lancarkan albumnya, jadi saya kata dekat dia, Hey, Katy, apa kata awak bagi lagu ini dekat saya dan saya akan lakukan sesuatu dengannya. Saya ada album bakal diterbitkan dan saya inginkan lagu ini didengari dunia secepat mungkin. Dan Katy pun respon..baiklah.”

 

5. Hajat Pharrell William nak bagi Cee Lo Green bawa lagu ‘Happy’ tidak kesampaian

Happy ialah salah satu lagu hits terbesar pada tahun 2014 tetapi ia hampir menjadi milik penyanyi lagi ‘Forget You’, Cee Lo Green. Hakikatnya, Cee Lo sendiri sangat menyukai trek itu sehingga dia merakamkannya tetapi team dia rasa ia tak sesuai untuknya.

“Dia kedengaran menakjubkan padanya. Maksud saya, versi dia jauh lebih bagus dari saya! Tetapi – bagaimana saya mengatakan ini secara diplomatik? Kuasa yang ada, pada masa itu, tidak melihatnya sesuai untuknya. Beberapa orang dalam pasukannya hanya merasakan bahawa keutamaan harus ada pada album [Cee Lo] pada masa itu, jadi mereka memilih untuk tidak mengambilnya.” Kata Pharrell

Untuk pengetahuan, Pharrell adalah komposer dan penulis untuk lagu ini, jadi disebabkan itu, dia ambil keputusan untuk rakam sendiri lagu ini dan hasilnya..Radio kat Malaysia pun tak henti-henti mainkan lagu ni.

Sebenarnya banyak lagi lagu-lagu hit yang kena reject pada asalnya, tetapi ini adalah antara yang paling korang kenal. Bila dah dapat tahu mesti boleh imagine versi artis asal tu kan? Misalnya lagu Same Old Love daripada Selena Gomez yang pada asalnya diberikan kepada Rihanna, hakikatnya memang ada versi Rihanna nyanyi. 

Sumber : Capital FM

Baca : “Lip lap, lip lap!” – Ini 7 Lagu Raya Baru Yang Akan Meriahkan Aidilfitri 2022 Korang

Ini 7 Lagu Raya Baru Yang Akan Meriahkan Aidilfitri 2022 Korang

 

Sumber: Wikipedia
Sumber: Instagram
Sumber: Variety

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.