Semalam, baru saja berlangsung siri jelajah Coldplay: Music of the Spheres di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Sebelum tu, timbul satu isu di mana ramai pihak menggesa pembatalan konsert ini kerana dilihat tak bersesuaian dengan tragedi yang berlaku di Palestin sekarang.
Bukan tu saja, ada juga konsert artis luar negara yang dijadualkan berlangsung di Malaysia terpaksa dibatalkan last minute atas beberapa sebab. Kalau korang nak tahu siapa artis-artis tu, korang kena baca artikel ni.
1. TWICE
Kumpulan K-Pop ini memang terkenal seluruh dunia sejak pertama kali ditubuhkan pada 2015. Ia merupakan sebuah band di bawah JYP Entertainment yang berada di Korea Selatan. Ia juga dianggotai sembilan orang ahli wanita iaitu Nayeon, Jeongyeon, Momo, Sana, Jihyo, Mina, Dahyun, Chaeyoung dan Tzuyu.
Pada 28 Julai 2018, kumpulan ni telah dijadualkan untuk buat konsert TWICELAND ZONE 2: Fantasy Park yang akan berlangsung di Kuala Lumpur. Pastinya berita ni menggembirakan peminat TWICE di Malaysia yang tak sabar menunggu ketibaan mereka sejak tiket dikeluarkan dari April tahun yang sama.
Akan tetapi, JYP Entertainment terpaksa batalkan konsert mereka di saat akhir disebabkan isu keselamatan di lokasi persembahan.
Artikel berkaitan: Good Vibes Festival Batal, The Kid Laroi Buat Konsert Percuma Di Lobi Hotel
2. Konsert Mega K-Pop
Konsert ini dianjurkan oleh Starex Global Strategy Sdn Bhd yang bertempat di Sunway Lagoon, Kuala Lumpur. Ia menampilkan barisan artis Korea popular seperti Super Junior, Viviz dan Teen Top.
Namun begitu, konsert yang dijangka berlangsung pada 27 Mei tahun ini terpaksa dibatalkan last minute kerana terdapat masalah dengan tiket penerbangan artis-artis Korea itu.
Dikatakan, ini merupakan kegagalan kedua syarikat itu menganjurkan konsert ini yang sepatutnya diadakan pada 18 Februari namun, ditunda sehingga tarikh tersebut. Walaupun begitu, pihak syarikat telah pun mengembalikan duit tiket secara penuh kepada semua pembeli.
3. Justin Bieber
Penyanyi lagu ‘Baby‘ ini juga antara artis luar negara yang membatalkan konsertnya di Malaysia. Pada tahun lepas, dia ada mengadakan siri jelajah, Justice World Tour yang merupakan konsert jelajah keempatnya.
Menurut jadual, konsertnya di Malaysia akan berlangsung di ibu negara pada 22 Oktober 2022. Akan tetapi, dia terpaksa hentikan jelajah tu yang juga turut melibatkan beberapa negara Asia lain.
Sebabnya, dia dipercayai menghidap sindrom Ramsay Hunt yang membuatkan sebahagian mukanya lumpuh. Disebabkan itu, dia terpaksa berehat seketika daripada menjalankan konsert demi kesihatannya.
Artikel berkaitan: “Tak hormat saudara di Palestin” – Ulama ISMA Gesa Konsert Coldplay Di Malaysia DIBATALKAN
4. The 1975
Kumpulan pop rock ini berasal dari United Kingdom dengan dianggotai seramai empat orang ahli. Pada Julai 2023, mereka merupakan salah seorang artis jemputan dalam Festival Muzik Good Vibes yang diadakan setiap tahun di Malaysia. Di samping mereka, terdapat juga The Kid Laroi dan The Strokes yang turut bersama-sama dalam festival tu.
Nak dijadikan cerita, vokalis kumpulan tu, Matty Healy buat hal apabila dia pegang botol arak sambil melakukan perbuatan yang kurang sopan ketika persembahan. Disebabkan tu, dia seperti mencabar undang-undang dan kedaulatan Malaysia dengan melakukan aksi-aksi sedemikian.
Oleh itu, festival ini pun telah dibatalkan serta-merta dan kumpulan itu juga telah diharamkan untuk buat persembahan di Malaysia lagi.
5. Eric Nam
Eric Nam merupakan penyanyi kacukan Amerika-Korea yang telah pun memulakan kariernya sejak tahun 2012. Seperti yang lain, dia juga telah membatalkan konsertnya di Malaysia yang dijadualkan pada Februari tahun depan.
Sebabnya, dia ada ‘like‘ satu post yang mengutuk tindakan tentera Hamas di Palestin terhadap Israel, seolah-olah dia beri sokongan terhadap negara Israel. Disebabkan tu, dia dikatakan terima banyak ugutan dan kecaman oleh pengguna media sosial yang majoritinya adalah pro-Palestin.
Bimbang dengan keselamatan diri dan pasukannya, dia memutuskan untuk batalkan konsertnya di Kuala Lumpur namun tetap meneruskannya di beberapa negara lain.
Sumber: GEMPAK, Berita Harian, Harian Metro