Dalam banyak-banyak jenayah yang dilakukan oleh manusia terhadap satu sama lain, tak ada yang dapat tandingi jenayah seorang ibu atau bapa yang bunuh anaknya sendiri.
Malangnya kes-kes seperti ini banyak yang berlaku sepanjang zaman atas sebab beberapa alasan dan dengan pelbagai cara. Jadi, kalau korang nak tahu kes ibu bapa bunuh anak yang pernah berlaku, jom tengok dekat bawah ni.
1. John List
Salah satu jenayah pembunuhan keluarga paling terkenal adalah yang dilakukan oleh John List, seorang akauntan biasa dari Westfield, New Jersey. Pada 9 November 1971, John telah menembak isteri dan ibunya di rumahnya sebelum menembak dua anaknya, Patricia dan Frederick selepas mereka pulang ke sekolah.
Kemudian, John telah pergi melihat anaknya, John Jr bermain bola sepak di sekolah sebelum membawa anaknya itu pulang dan menembak anaknya. John telah merancang pembunuhan ini dengan teliti sehinggakan sebulan selepas kejadian ini berlaku barulah mayat-mayat keluarganya ditemui dan ketika itu, dia telah pun melarikan diri.
John telah kehilangan kerja dan mengalami masalah kewangan ketika pembunuhan tersebut berlaku. Malah, keluarganya tak tahu yang dia dah kehilangan kerja. Di dalam pemikirannya, John percaya lebih baik dia hantar keluarganya ke syurga dari membiarkan mereka hidup susah. Jadi, dia telah membunuh keluarganya dan hilangkan diri untuk mulakan hidup baru.
John telah menjadi salah seorang pelarian terkenal di dunia sehinggalah satu hari, rancangan TV America’s Most Wanted pada 1989 telah menunjukkan mukanya yang telah disunting mengikut umurnya.
Ekoran ini, ramai penonton rancangan tersebut telah menelefon memberikan tips sehingga pihak berkuasa mendapat tahu yang John kini tinggal di Richmond, Virginia menggunakan nama “Robert Clark”. Dia telah ditahan dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup untuk pembunuhan tersebut. John kemudiannya meninggal dunia di dalam penjara pada 2008.
2. Andrea Yates
Pada tahun 1999, Andrea Yates yang tinggal di Houstan, Texas bersama suami dan empat orang anak telah mengalami tekanan yang dahsyat sehinggakan sepanjang musim panas, wanita ini telah membuat beberapa cubaan membunuh diri sehingga terpaksa ditahan di hospital sakit jiwa.
Andrea kemudiannya telah disahkan mengalami psikosis selepas bersalin sehingga dia dinasihatkan untuk tidak melahirkan anak lagi. Namun begitu, Andrea telah melahirkan anak kelimanya pada November 2000. Pada 20 Jun 2001, Andrea Yates akhirnya tak boleh mengawal dirinya dan telah melemaskan kelima-lima anaknya di dalam tub mandi.
Andrea kemudiannya telah didakwa atas pembunuhan tersebut namun mengaku tidak bersalah atas sebab tak waras. Pada Mac 2002, barisan juri menolak pengakuan tersebut dan menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepadanya.
Tapi, pada tahun 2005, keputusan tersebut telah ditukar selepas salah seorang saksi pendakwa raya mengatakan bahawa Andrea mendapat idea untuk melemaskan anak-anaknya dan mengaku tak waras dari salah satu episod Law & Order tapi episod tersebut sebenarnya tak pernah wujud.
Setahun kemudian, Andrea telah didapati tidak bersalah atas sebab tak waras dan dimasukkan ke dalam hospital mental. Dia masih berada di sana namun ramai orang masih mempersoalkan sama ada Andrea benar-benar gila kerana kehendak suaminya yang mahukan seorang lagi anak atau dia memang benar-benar jahat dan tahu apa yang dia lakukan.
3. Darlie Routier
Pada awal pagi 6 Jun 1996, seorang wanita dari Rowlett, Texas, Darlie Routier telah membuat panggilan cemas 911. Dia mendakwa bahawa ketika dia tidur di bawah bersama dua anak lelakinya Damon dan Dewon, dia telah dikejutkan dengan kehadiran penceroboh lelaki yang menyerangnya.
Selepas menghalau penceroboh tersebut dari rumahnya, Darlie menemui yang dirinya telah ditikam dan dua anaknya Damon dan Davon telah dibunuh dengan kejam. Suami dan anak bongsunya yang tidur di atas terlepas dari serangan tersebut.
Namun begitu, pihak berkuasa tak mempercayai cerita wanita ini dan dia telah didakwa atas pembunuhan tersebut empat hari kemudian.
Dipercayai, selepas membunuh dua anaknya, Darlie telah menikam dirinya sendiri sebagai cara untuk menipu pihak polis. Ini kerana, mustahil untuk wanita ini kekal tidur ketika penceroboh membunuh anak-anaknya dan kesan darah juga tak kena dengan ceritanya.
Dikatakan, keluarga ini telah mengalami masalah kewangan dan wanita ini telah membunuh anak-anaknya untuk mendapatkan insurans. Darlie telah didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman suntikan maut. Kes ini bagaimanapun masih menjadi kontroversi kerana ada beberapa individu yang mendakwa Darlie tak bersalah dan beberapa bukti telah menunjukkan ceritanya benar. Namun wanita ini tetap kekal menunggu hukuman matinya.
4. Josh Powell
Pada 7 Disember 2009, seorang wanita berusia 28 tahun dari West Valley, Utah telah menghilangkan diri secara misteri. Ekoran wanita ini mempunyai masalah rumah tangga, suaminya Josh Powell telah menjadi suspek utama.
Josh mendakwa yang dia telah pulang ke rumah dan mendapati yang isterinya hilang selepas membawa anak-anak mereka Braden dan Charlie berkhemah. Tapi kisah Josh ini tak masuk akal ekoran cuaca pada ketika itu sangat sejuk dan tak sesuai untuk beriadah di luar rumah.
Ekoran ini, Josh telah kehilangan hak penjagaan anak dan hanya dibenarkan untuk melawat anaknya dengan pemantauan orang. Pada 5 Februari 2012, seorang pekerja sosial telah membawa Braden dan Charlie melawat Josh. Namun lelaki ini telah menarik masuk anak-ananya ke dalam rumah dan mengunci pintu sebelum menyerang anaknya menggunakan kapak dan meletupkan rumahnya. Josh dan anak-anaknya meninggal dunia.
Pihak polis meramalkan yang Josh berbuat demikian kerana pihak polis hampir menemui bukti bahawa Josh ada kena mengena dengan kehilangan isterinya sehingga lelaki ini membuat keputusan untuk membunuh diri dan anak-anaknya. Malangnya, Josh tidak meninggalkan apa-apa maklumat mengenai Susan dan wanita itu masih tak ditemui sehingga hari ini.
5. Diane Downs
Pada malam 19 Mei 1983, seorang wanita bernama Diane Downs telah pergi ke hospital di Springfield, Oregon. Tiga anaknya, Danny, Cheryl dan Christie ada di belakang kereta dan mereka telah ditembak. Malah wanita ini turut cedera di lengan kirinya.
Diane mendakwa, dia dan anak-anaknya telah diserang oleh seorang individu di satu jalan terpencil dan cuba untuk menembak dia dan anak-anaknya. Cheryl bagaimanapun telah disahkan meninggal dunia sementara dua anaknya terselamat. Danny bagaimanapun lumpuh manakala Christie mengalami strok.
Penyiasat telah meragui cerita ibu anak tiga ini ekoran Diane sangat tenang dengan situasi yang melanda dirinya manakala Christie kelihatan takut apabila ibunya ada berdekatan dengannya. Tak cukup dengan itu, bukti di dalam kereta juga tak padan dengan kisah Diane.
Sebaik sahaja Christie pulih dan boleh bercakap semula, dia telah menceritakan bahawa ibunya telah menembak mereka. Pihak polis telah menemui yang Diane mempunyai hubungan sulit dengan seorang lelaki yang telah berkahwin Robet Knickerbocker.
Kerana lelaki ini enggan mempunyai anak, Diane dipercayai telah cuba untuk membunuh anak-anaknya bagi meneruskan hubungan sulitnya itu. Wanita ini telah didapati bersalah dan dihukum penjara seumur hidup. Manakala dua anaknya yang hidup telah dijaga oleh Fred Hugi, pendakwa raya bagi kes ini.
Sumber: listverse