Anxiety atau kegelisahan adalah salah satu masalah yang dihadapi oleh kebanyakan orang dewasa. Kadang-kadang bila ada serangan anxiety, kerja apa pun tak boleh buat sebab terlampau gelisah.
Untuk korang yang ada kecenderungan terkena anxiety, korang boleh elakkan makanan-makanan di bawah.
Jom kita tengok 5 jenis makanan yang boleh menjadi penyebab anxiety yang korang boleh cuba elak berdasarkan perkongsian @DoktorSamhan di bawah.
Kafein
Pengambilan kopi berkafein biasanya adalah diwaktu pagi bagi menghilangkan rasa mengantuk sebelum bekerja. Namun, korang kena beringat kalau nak minum kopi untuk elak gejala anxiety.
Korang yang coffee lovers tu kalau minum, agak-agak lah ye.
Gula penyebab anxiety
Haa… yang ini min yakin ramai yang terjebak sebab semua orang suka benda manis.
Min pun baru tahu pengambilan gula boleh menyebabkan anxiety. Mungkin lepas ni dah boleh mula kurangkan gula dalam makanan kot.
Makanan segera atau daging yang diproses
Untuk individu yang ada kecenderungan untuk terkena anxiety, korang dah boleh mula perlahan-lahan kurangkan pengambilan fast food ni.
Ingat tu, kalau makan banyak ada inflamasi dan boleh buat mood terganggu.
Minuman beralkohol
Minuman keras ni sebenarnya tak baik pun untuk kesihatan. Tambah lagi boleh trigger anxiety.
Selain anxiety, minuman beralkohol pun boleh jadi punya dehidrasi rupanya, min baru tahu.
Ubat-ubatan tertentu
Untuk korang yang terpaksa ambil ubat setiap hari, sila rujuk dengan doktor untuk alternatif lain bagi mengelakkan anxiety.
Cuba check dengan doktor, kalau boleh ganti ubat lain yang sama fungsinya tapi tak buat jadi anxiety kalau ada.
Baca: Suka Makan Tongkeng & Pedal Ayam? Ini Fakta Yang Korang Patut Tahu