Stigma dalam masyarakat untuk sesuatu perkara yang dianggap tabu memang susah untuk diubah walaupun dunia semakin moden. Salah satunya adalah ‘anak luar nikah’, sehingga hari ini, banyak negara dan budaya yang memandang serong dengan perkara ini.
Lebih menyedihkan lagi, seseorang yang dilahirkan sebagai anak tak sah taraf ini sering dipandang jelek oleh masyarakat walaupun dia tak mempunyai pilihan dilahirkan seperti itu.
Namun begitu, bagi orang-orang yang lahir luar nikah ini, dorang perlu terus menghadapi pandangan serong orang lain untuk terus hidup namun begitu ada antara mereka yang tak terkesan dengan stigma ini dan telah menjadi antara orang yang berpengaruh di dunia.
Kalau korang nak tahu siapa, jom baca artikel dekat bawah ni:
1. Leonardo da Vinci
Siapa je yang tak kenal atau sekurang-kurangnya dengar nama antara pelukis terhebat sepanjang masa, Leonardo da Vinci ni. Dia juga turut dianggap sebagai bapa paleontologi dan seni bina serta polimat Renaissance Itali yang melambangkan idealisme kemanusiaan Renaissance.
Kalau korang nak tahu, Leonardo da Vinci dilahirkan pada 15 April 1452 di bandar bukit Tuscan Vinci. Bapanya pula merupakan seorang hartawan Messer Piero Fruosino di Antonio da Vinci dan seorang notari undang-undang di Florentine. Manakala ibunya, Caterina merupakan orang biasa dan tak ada ikatan perkahwinan dengan bapanya.
Kalau nak diikutkan sentimen moden, Leonardo sebenarnya tak ada nama keluarga dan dia telah tinggal bersama ibunya selama lima tahun dan pada 1947, dia tinggal di rumah bapanya. Namun begitu tak banyak maklumat mengenai kehidupan awalnya.
2. Oprah Winfrey
Oprah Gale Winfrey dilahirkan pada 29 Januari 1954. Ibunya, Vernita Lee merupakan seorang pembantu rumah dan bapanya pula dikenali sebagai Vernon Winfrey, seorang pelombong arang.
Menurut Oprah, ibu dan bapanya hanya mempunyai hubungan seksual sekali sahaja sebelum mereka putus dan Oprah dilahirkan oleh ibunya yang merupakan seorang remaja.
Dilahirkan dalam keadaan yang miskin di kawasan pedalaman Mississippi, Oprah kemudiannya dibesarkan di kawasan Milwaukee dan telah dicabul semasa kecil dan mengandung di usia 14 tahun. Anaknya meninggal ketika masih lagi bayi.
Ketika dia berusia 19 tahun, Oprah telah mendapat pekerjaan di radio dan berjaya menaikkan rating rancangan bual bicaranya sebelum membuat syarikat produksi sendiri dan menjadi popular dalam rancangan temu bualnya itu.
Oprah telah dianggap sebagai wanita paling berpengaruh di dunia dan merupakan satu-satunya wanita kulit hitam pertama terkaya di Amerika Utara.
3. Jenny Lind
Jenny Lind, penyanyi opera Sweden ini merupakan salah seorang penyanyi yang dipandang tinggi ketika abad ke-19. Jenny telah membuat persembahan soprano di opera Sweden dan seluruh Eropah dan menjadi terkenal selepas persembahannya di Der Freischutz di Sweden pada 1838. Dia juga turut mendapat gelaran Swedish Nightingale.
Jenny Lind dilahirkan pada 6 Oktober 1820 di Kiara dan merupakan anak luar nikah seorang penjaga buku, Niclas Jonas Lind dan guru sekolah, Anne-Marie Fellborg.
Anne-Marie telah bercerai dengan suami pertamanya kerana curang namun enggan berkahwin sehingga bekas suaminya meninggal dunia pada 1834 dan berkahwin dengan bapa Jenny ketika anaknya itu berusia 14 tahun.
4. Marilyn Monroe
Marilyn Monroe dilahirkan di Hospital Daerah Los Angeles pada 1 Jun 1926. Ibunya, Gladys Pearl Baker telah membuat hubungan sulit ketika berkahwin dengan suami keduanya. Marilyn telah dilahirkan ketika hubungan sulit tersebut namun tak mengetahui identiti bapanya.
Disebabkan ibunya tak mempunyai mental dan kewangan yang baik untuk menjaga anak, Marilyn telah dibesarkan di rumah keluarga angkat berbeza.
Pada 1944, semasa bekerja di sebuah kilang, Marilyn telah diperkenalkan kepada seorang jurugambar dan memulakan kerjayanya sebagai seorang model pin-up. Dia kemudiannya menceburkan diri dalam bidang lakonan dan menjadi sangat terkenal dengan watak-watak “wanita rambut perang bodoh” yang dibawanya. Selepas itu dia telah menjadi simbol seks popular dan sehingga kini masih dianggap sebagai ikon popular.
5. Steve Jobs
Steve Jobs dilahirkan pada 24 Februari 1955. Bapa kandungnya merupakan seorang Muslim Arab, Abdulfattah “John” Jandali yang bertemu dengan ibunya Joanne Carole Schieble ketika belajar di Universiti Wisconsin.
Joanne merupakan seorang katolik dari keturunan Swiss dan Jerman. Ibu bapanya tak setuju dengan hubungannya bersama Jandali kerana mendapat tahu lelaki tersebut berasal dari Syria.
Namun begitu, Joanne telah mengandung pada 1954 ketika menghabiskan cuti musim panas di rumah keluarga Jandali di Syria. Jandali mahu berkahwin dengan Joanne namun dilarang oleh bapa wanita itu dan Steve dilahirkan sebagai anak luar nikah yang kemudiannya diambil sebagai anak angkat oleh Paul dan Clara Jobs.
Steve Jobs yang tak habis belajar telah menjadi pengasas bersama rakannya Steve Wozniak dan mencipta Apple Inc. Setahun selepas itu, mereka mendapat populariti dan kemewahan menerusi Apple II iaitu salah satu komputer peribadi pertama yang sangat berjaya dihasilkan secara besar-besaran.
Sumber: Unbelievable Facts