Maldives adalah antara destinasi pilihan ramai terutamanya pasangan suami isteri sebagai tempat honeymoon mereka. Siapa je taknak pergi Maldives kan?
Kali ni kami kongsikan 5 Hotel Muslim-Friendly di Maldives! Check it out!
1. Kaani Beach Hotel
Dengan lokasi yang menarik dan menghadap laut anda pasti mahu tinggal di hotel ini. Antara aktiviti yang disediakan adalah memancing, menyelam, snorkelling dan macam-macam lagi. Jika mahu saksikan matahari terbit atau terbenam, tempah bilik di tingkat 2!
2. The Barefoot Eco Hotel
Hotel ini terletak di Hanimadhoo dan mempunyai pusat pemuliharaan dengan ahli biologi marin jadi anda digalakkan melakukan aktiviti menyelam atau snorkeling dengan mereka. Jika anda suka aktiviti berkayak, cuba lah di sini!
3. Arena Beach Hotel
Terletak di Maafushi, hotel ini dikenali dengan servis dan layanan yang baik daripada staf mereka. Anda boleh rendam dalam jakuzi di rooftop hotel ini jika anda tempah bilik The Super Deluxe mereka. Jangan lupa cuba parasailing di sini!
4. Aveyla Manta Village
Lokasinya yang terletak di tepi pantai membuatkan setiap pengunjung tidak mahu melepaskan peluang untuk tempah bilik sea view di sini. Terkenal dalam kalangan pengunjung yang mahukan hotel mewah dengan harga yang berpatutan. Di sini juga anda akan mempunyai akses untuk ke pantai persendirian jika mahukan privasi dan suasana yang tenang.
5. Crystal Sands Beach Hotel
Terletak sangat dekat dengan terminal feri dan berdekatan dengan perkampungan penduduk tempatan. Menjanjikan penginapan yang selesa, anda pasti tidak mahu lepaskan peluang untuk menginap di hotel yang terletak di Maafushi ini.
/
Tunggu apa lagi? Pergi la tempah tiket flight! 😀