Sepanjang sejarah, ada beberapa perkara yang menakutkan telah dirakam oleh kamera. Namun apa yang lebih menakutkan adalah cerita disebalik gambar yang pasti akan meninggalkan kesan untuk sesiapa yang melihatnya.
Sama ada gambar diambil secara kebetulan, secara paksa atau sebelum atau selepas berlakunya sesuatu insiden tragik, gambar-gambar ini akan membuatkan korang takut dan pada masa yang sama tertarik.
Dalam artikel kali ini, kita akan tengok sendiri beberapa gambar menakutkan yang pernah diambil serta kisah seram disebaliknya.
Artikel berkaitan: Gambar Kecederaan Zayn Rayyan Tersebar di Telegram?
Artikel berkaitan: “Menangis tengok” -Netizen Pilu Lihat Gambar ‘Progress’ Pemulihan Muka & Anggota Badan Faisal Halim
1. Jamie Lavis
Lelaki tanpa baju dalam gambar dekat atas ni merupakan Darren Vickers yang duduk di tengah-tengah antara Karen dan John Lewis sambil tangannya memegang bahu mereka.
Namun, apa yang tak diketahui oleh Karen dan John adalah, lelaki yang ada bersama dengan mereka ini merupakan pembunuh anak mereka yang hilang selepas Darren merapatkan diri dan berpindah masuk ke rumah mereka untuk mengetahui sendiri siasatan pihak polis tentang kehilangan anak mereka, Jamie Levis.
Pada Mei 1997, Jamie Lavis yang baru berusia 8 tahun telah diculik oleh pemandu basnya Darren Vickers. Lelaki ini telah berkawan dengan Jamie dan melakukan pengantunan seksual sebelum menculik, merogo dan membunuh kanak-kanak tersebut.
Tapi apa yang lebih dahsyat, Darren telah berjaya mendapatkan kepercayaan ibu bapa Jamie dengan menjadi orang yang mengetuai pencarian kanak-kanak tersebut. Malah, kesungguhan Darren ini telah menyebabkan ibu bapa ini membenarkan pembunuh anak mereka untuk pindah ke dalam rumah mereka.
Namun Darren akhirnya ditangkap selepas pihak polis merasakan bahawa lelaki ini terlalu obses dengan kehilangan Jamie dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.
2. Gambar rambut tercacak
Gambar yang telah dicetak, dimuat naik dan disebarkan beberapa kali selama berdekad-dekad ini menunjukkan dua adik beradik dengan rambut mereka ternaik yang tak sedar bahawa mereka hanya ada masa beberapa minit sebelum mereka disambar petir ketika mendaki Moro Rock, California.
Menurut Michael McQuilken yang berusia 18 tahun ketika itu dan adiknya Sean, 12, mengatakan, gambar yang diambil pada 20 Ogos 1975 ini ditangkap kerana merasakan yang ia satu perkara yang kelakar.
Tapi mereka tak tahu bahawa rambut yang tiba-tiba tercacak seperti dalam gambar dekat atas ni merupakan petanda bahawa kilat akan menyambar mereka. Sean yang telah disambar kilat secara terus pada ketika itu telah tak sedarkan diri dan mengalami kecederaan kebakaran tahap tiga di bahagian belakang badan dan siku.
Jika perkara ini berlaku pada korang, pakar menyuruh untuk mencari tempat perlindungan secepat mungkin dan kalau tak ada, cangkung serendah yang boleh dan jadikan diri korang sebagai sasaran paling kecil serta kurangkan sentuhan dengan tanah.
3. Omayra Sánchez
Gambar dekat atas ni diambil beberapa sebelum Omayra Sánchez meninggal dunia. Pada 13 November 1985, berlakunya satu letusan gunung berapi Nevado Del Ruiz, Colombia yang telah menghancurkan kawasan sekeliling termasuk bandar Armero.
Apabila tanah runtuh akibat dari letusan gunung berapi ini melanda rumah Omayra yang berusia 13 tahun pada ketika itu, kanak-kanak ini telah tertimbus dari serpihan konkrit rumahnya sehingga ke pinggang dan turut menenggalamkannya di dalam air sejuk sehingga ke paras leher.
Disebabkan kekurangan bekalan, penyelamat tak berjaya untuk mengeluarkan kanak-kanak ini dan dia telah berada di dalam air selama tiga hari menunggu bantuan. Wartawan dan jurugambar telah tiba di tempat kejadian dan mengambil gambar kanak-kanak ini sepanjang penderitaannya dan Omayra juga turut membenarkan dirinya untuk ditemu bual sementara menanti orang untuk menyelamatkannya.
Untuk pengetahuan korang, gambar yang diambil oleh Frank Fournier ini turut memenangi anugerah Gambar Akhbar Dunia Terbaik pada 1986.
4. Tyler Hadley
Michael Mandell telah mengambil selfie bersama Tyles Hadley ketika berparti di rumah lelaki tersebut selepas mengetahui bahawa dia telah membunuh ibu bapanya.
Saya tahu ia merupakan kali terakhir saya berjumpa dengannya.”
Pada Julai 2011, Tyler Hadley yang berusia 17 tahun pada ketika itu telah membunuh ibu bapanya, Mary Jo dan Blake Hadley di rumah mereka di Port St. Lucie., Florida. Tyler telah menghabiskan masa tiga jam untuk membersihkan darah sebelum mengadakan parti bersama kawan-kawannya sementara mayat ibu bapanya berada di dalam bilik tidur.
Keesokan harinya, apabila Michael pulang ke rumah, dia telah membuat panggilan kecemasan untuk memberitahu tentang pembunuhan yang dilakukan oleh rakan baiknya itu.
Tyler kini telah dihukum penjara seumur hidup tanpa berpeluang untuk mendapatkan pengampunan bersyarat.
Sehingga hari ini saya tak akan lihat Tyler sebagai seorang pembunuh. Dia adalah rakan zaman kanak-kanak saya dan saya akan ingat dia sebagai ini sehingga hujung nyawa saya.”
5. Reynaldo Dagsa
Gambar ini diambil sendiri oleh ahli politik Filipina, Reynaldo Dagsa yang turut menangkap gambar pembunuhnya beberapa saat sebelum dia ditembak mati.
Ahli majlis berusia 35 tahun dari Filipina ini sedang mengambil gambar isteri, anak perempuannya dan ibu mertua sempena sambutan tahun baru sebelum seorang penembak, Miachel Gonzalez keluar dari belakang kereta dan menembak Dagsa di dada.
Pihak polis telah menangkap Gonzalez sebaik sahaja menerima gambar dari keluarga Dagsa.
Semasa dia mengambil gambar keluarganya pada malam Tahun Baru, pembunuh telah muncul dan Dagsa telah mengambil gambar pembunuhnya secara tak sengaja ketika pembunuh itu mengacu pistol ke arahnya.
Seorang lagi lelaki yang dapat dilihat di sebelah kanan juga merupakan salah seorang pelaku yang bertugas untuk memeriksa keadaan sekeliling.
Ahli keluarga Dagsa bagaimanapun tak dengar bunyi tembakan ekoran letusan bunga api yang berlaku disekeliling mereka dan hanya melihat Dagsa jatuh ke tanah selepas ditembak.
Sumber: TikTok