in

47 Bangunan Kediaman Tinggi di Seluruh Negara Dikategori Berisiko Tinggi Kebakaran

Kebkaran

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ingat lagi akan tragedi Grenfell Tower di London yang meragut puluhan nyawa pada 14 Jun lepas? Lebih 80 penghuni maut dan 70 orang lagi cedera selepas terperangkap dalam kebakaran yang memusnahkan bangunan tersebut.

Fire 7 1
sumber: dazeen

Kebimbangan akan hal yang sama berlaku di bangunan-bangunan kediaman di seluruh negara dibangkitkan hari ini melalui laporan 1,688 jumlah notis bahaya yang dikeluarkan Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Januari hingga Mei tahun ini, lapor Berita Harian.


Sebanyak 47 bangunan kediaman tinggi termasuk 49 pangsapuri dan kondominium di Lembah Klang kini diibarat seperti ‘bom jangka’ yang mampu membahayakan nyawa penghuninya kerana dikategorikan berisiko tinggi akan kebakaran.

Fire 7
sumber: berita harian

Malah, enam pangsapuri dan kondominium di Lembah Klang telah menerima lebih 100 notis amaran daripada Jabatan Bomba, termasuklah sebuah pangsapuri di Pantai Dalam yang telah menerima 224 notis bahaya risiko kebakaran.

Gila betul ni! Apa nasib orang yang tinggal di bangunan macam ni??

Fire 1 1
sumber: facebook

Bangunan-bangunan ini dilaporkan tidak mempunyai alat pemadam api yang mencukupi, sistem pancur basah yang tidak berfungsi (tekanan air rendah), kerosakan sistem penggera dan pintu kecemasan yang terkunci atau dihalang sesuatu.

Lebih mengejutkan, hampir ratusan bangunan kediaman seperti ini mengalami masalah yang sama di seluruh negara!

Fire 4
sumber: berita harian
Fire 3
sumber: berita harian
Fire 2
sumber: berita harian

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim dalam satu kenyataan di Berita Harian berkata,

“Saya melihat kes kebakaran membabitkan bangunan kediaman tinggi di negara ini amat membimbangkan dan tidak mustahil insiden kebakaran di ‘Grenfell Tower’ di London boleh berlaku di negara ini.”

“Pemeriksaan bomba mendapati kebanyakan kes disebabkan sikap penghuni dan pihak pengurusan bangunan yang tidak memastikan semua kelengkapan kebakaran diselenggara dan berfungsi untuk menghadapi sebarang kecemasan.”

Fire 2
sumber: berita harian
Fire2
sumber: berita harian

Jabatan Bomba dan Penyelamat secara puratanya merekodkan lebih 5,000 insiden kebakaran berlaku setiap tahun. Manakala sebanyak 10 peratus atau 282 kes membabitkan kebakaran di bangunan kediaman tinggi seperti pangsapuri (168) dan kondominium (114). Fuh banyak juga tu! 

Sejak dari tragedi yang menimpa Grenfell Tower baru-baru ini, jabatan bomba tempatan telah mengambil langkah berjaga-jaga dalam memastikan keselamatan bangunan kediaman di seluruh negara. Baguslah macam tu…

Untuk pertanyaan lanjut, anda boleh saja hubungi hotline Jabatan Bomba dan Penyelamat iaitu 1-800-888-994 atau lawati laman web mereka di sini.

Baca: Ahli Bomba Selamatkan Nyawa Anak Kucing Dijumpai Dalam Rumah Terbakar

Bomba

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.