in

“40 tahun dalam hutan” – Lepas 8 Tahun Hidup Moden, ‘Tarzan’ Meninggal Sebab Kanser

Fi Lelaki Tarzan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau kita bercakap tentang lelaki yang tinggal dalam hutan, mesti akan teringat dengan filem animasi Tarzan yang ditayangkan lebih dua dekad lalu itu.

Namun pada awal bulan lalu, seorang lelaki Vietnam yang digelar sebagai ‘Tarzan’ dunia sebenar telah meninggal dunia.


Lelaki bernama Ho Van Lang, 52 tahun itu meninggal dunia pada 6 September lalu. Dia dikatakan telah tinggal dalam hutan selama kira-kira 40 tahun, dan kembali ke dunia luar lapan tahun lalu.

Lelaki Tarzan 1

 

Larikan diri dalam hutan sebab perang 

Menurut The Sun, Ho Van Lang telah dibawa lari ayahnya ke dalam hutan sewaktu pengeboman tentera Amerika Syarikat semasa Perang Vietnam pada tahun 1972. Serangan tersebut menyebabkan sebahagian daripada keluarga mereka terbunuh.

Selama 4 dekad di dalam hutan, mereka dua beranak dipercayai tinggal dalam rumah pokok dan membuat pakaian menggunakan kulit pokok. Bagi makanan pula, mereka memburu pelbagai jenis haiwan untuk dimakan antaranya monyet, tikus, katak, kelawar serta ikan selain mengambil sayuran, buah-buahan dan madu. Gila betul!

Lelaki Tarzan 2 Edit

Selain itu juga, mereka juga langsung tak berhubung dengan dunia luar sepanjang di dalam hutan. Malah, mereka dikatakan tak percaya bahawa peperangan dah tamat sehinggalah ditemui pada tahun 2013 lalu. Selepas keluar dari hutan, mereka anak-beranak tinggal di sebuah perkampungan kecil di di daerah Tra Bong, Vietnam.

 

“Saya tak suka lihat dia hidup di dunia luar”

Menerusi temubual bersama salah seorang kenalan Ho Van Lang, Alvaro Cerezo, menyifatkan dia risau sekiranya ‘kehidupan moden’ jadi keterlaluan untuk dia hadapi.

Cerezo mengatakan bahawa Van Lang seorang manusia yang baik, tapi dia seakan sedih sekiranya lelaki tersebut nak hidup di dunia moden.

Lelaki Tarzan 3

“Dia seorang manusia yang baik. Mustahil untuk melupakannya. Saya akan rindu dia setiap hari,

“Tapi saya tak suka lihat dia hidup di dunia luar. Saya selalu risau jika dirinya tak mampu melalui perubahan yang drastik,

“Dia habiskan masanya tinggal dalam hutan dan datang ke luar di mana dia mula makan makanan berproses dan kadangkala minum alkohol,” katanya.

Bila mengenang semula waktu perkenalan mereka, kedua mereka ini menjadi rapat selepas Cerezo, pernah tinggal di dalam hutan bersama Lang selama seminggu di mana mereka turut sama berburu untuk meneruskan hidup.

“Semasa di dalam hutan, semua yang memakan masa berjam-jam untuk saya lakukan, dia boleh lakukan dalam beberapa saat sahaja.”

 

Teruja tengok cahaya dari lampu

Cerezo juga ada berkongsikan kehidupan Lang, sepanjang berada di dunia luar. Dia memberitahu bahawa Lang jadi sangat teruja dengan perlbagai perkara.

“Pada waktu malam, dia akan kagun dengan cahaya yang datang daripada lampu.

“Lang beritahu kami yang dapat menikmati cahaya pada waktu malam adalah sesuatu yang paling luar biasa,

“Dan kemudian dia melihat televisyen buat pertama kali, sesuatu yang pernah diceritakan ayahnya kepadanya semasa dia masih kecil. Jadi dia tahu, mereka yang muncul di kaca televisyen bukan berada di dalam ‘kotak’ tersebut.” 

Masih ada juga sebenarnya kisah manusia macam ni dalam dunia sekarang. Mungkin masih ramai lagi, yang hidup di dalam hutan macam kisah Ho Van Lang ni kan?

 

Baca : Lebih 4 DEKAD Tinggal Di Dalam Hutan, Pasangan Anak-beranak Ini Sangka Dunia Masih Berperang!

Foot Lelaki Tarzan

Sumber: The Sun
Sumber: The Sun
Sumber: The Sun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.