Artis dan selebriti juga manusia biasa, mereka membesar seperti orang lain yang mendapat kasih sayang daripada ibu bapa, bagaimanapun tak semua orang sebenarnya bertuah memiliki zaman membesar yang bagus. Ada antara mereka yang mempunyai memori gelap sebelum mereka berjaya, selebriti-selebriti ini juga tidak terkecuali.
Sebelum mereka berada di tempat yang sekarang iaitu dengan mempunyai gaya hidup mewah dan kehidupan yang agak sempurna, ada antara mereka lalui detik-detik sukar dalam hidup masa mereka kecil.
1.Oprah Winfrey
https://www.instagram.com/p/COLd8YUhEG9/
Pasti ramai orang mengenali salah seorang pengacara tersohor ini, dirinya kini dilihat sangat disenangi oleh orang ramai dari seluruh negara bahkan dunia. Selain terkenal dalam bidang pengacaraan, Oprah juga antara wanita paling kaya di negaranya.
Walau bagaimanapun, semasa kecil, dia datang daripada keluarga yang susah dan lebih memilukan lagi Oprah pernah menjadi mangsa rogol ketika umurnya 9 tahun. Apa yang lebih menyedihkan lagi, dailymail.co.uk melaporkan bahawa pelaku itu adalah sepupunya sendiri yang berumur 19 tahun pada waktu itu.
“Saya tak tahu apa itu seks, saya tak tahu apa yang berlaku pada saya masa itu.”
Katanya, lepas ‘diumpan’, dia dibawa ke kedai aiskrim dalam keadaan banyak darah, pada umur 14 tahun, Oprah pernah hamil bagaimanapun dia alami keguguran.
2. Christina Aguilera
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Genie In A bottle ini juga mempunyai detik sukar dalam hidup. Semasa kecil dia juga membesar daripada keluarga yang susah, namun begitu, sewaktu dia masih kanak-kanak dia menyaksikan ibunya telah didera oleh bapa secara fizikal dan mental.
Malah dia juga turut menjadi mangsa bersama-sama ibunya sebelum ibu bapanya bercerai dan tinggalkan Christina ketika berumur 6 tahun.
3. Jay-Z
Penyanyi rap antarabangsa, Jay Z ini memang cukup terkenal dengan kekayaannya sekarang, bahkan dia yang kini sudah berkahwin dengan Beyonce hidup dalam keadaan serba mewah.
Bagaimanapun, sebelum sampai ke tahap ini, Jay Z juga mempunyai trauma ketika dia membesar. Pada umur 11 tahun, bapanya telah mengabaikannya sekeluarga dan dia yang dibesarkan di bandar New York terpaksa menyara keluarga.
Abangnya tak boleh diharap kerana ketagih dengan dadah, jadi memandangkan bebanan itu Jay Z (Shawn Corey Carter) yang kena tanggung, dia mendapat ‘ilham’ untuk menjual dadah, sama jenis macam abangnya ketagihkan itu kepada penghisap lain.
Walau bagaimanapun, Jay Z tidak mengambilnya, ketika dia berusia 12 tahun, ketagihan abangnya menduga kesabaran apabila abangnya curi cincin milik Jay Z untuk dijual. Jay Z telah menembak abangnya, namun abangnya tak ambil tindakan, sebaliknya meminta maaf.
Dia menjual dadah jenis crack itu selama 14 tahun, sepanjang waktu tersebut, Jay Z menjelaskan bahawa dia juga pernah ditembak sebanyak 3 kali, lapor sumber.
4. Madonna
Ibu kandung Madonna meninggal dunia ketika umurnya 6 tahun akibat kanser, oleh sebab itu bapanya kahwin baharu dengan seorang wanita yang warak selepas 3 tahun kemudian. Bagaimanapun, Madonna pada ketika itu tak boleh ‘masuk’ sangat dengan ibu tirinya.
Kata Madonna kepada sumber, bapanya tidak akan sentuh atau naik tangan jika anak buat hal, sebaliknya dia akan didenda untuk membuat kerja-kerja rumah. Namun lain pula dengan ibu tirinya apabila Madonna mengatakan dia akan ditampar beberapa kali dan dipukul.
Ketika dia berumur 12 tahun, Madonna pernah kena pukul dengan ibu tirinya sampai hidung berdarah. Malah dek kerana ibu tirinya seorang penganut Katolik yang kuat, Madonna harus menjaga ‘kesucian’ sehingga dia berkahwin. Tahap menjaga kesucian itu juga dikira agak ekstrem apabila dia dilarang menggunakan tampon.
Kita sedia maklum bahawa tampon ini digunakan oleh orang-orang barat ketika datang bulan, berbeza dengan orang kita menggunakan tuala wanita. Tapi sebenarnya tampon tak ganggu pun ‘kesucian’ diri seorang wanita.
Bagaimanapun, pada tahun 1930-an, orang-orang warak dalam Katolik ini bimbang kalau menggunakan tampon itu boleh menyebabkan pemakai rasa berahi dan boleh buat seseorang itu hilang dara.
Madonna akhirnya keluar daripada rumah sendiri dan berhijrah ke New York ketika berumur 17 tahun dan bermulalah perjalanannya sebgai anak seni.
Sebenarnya ramai lagi selebriti lain yang ada memori hitam dalam hidup, nanti kalau ada kelapangan min akan share lagi.
Baca : 6 Selebriti Hollywood Yang Kena Banned Dari Negara Luar, 2 Artis Ini Takkan Masuk Malaysia!