in

4 Restoran di KL & Penang Terima ‘Bintang’ Untuk Anugerah Michelin

restoran michelin malaysia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang peminat makanan, atau ikuti perkembangan chef-chef ternama, mesti pernah terdengar pasal Michelin Star.

Michelin Star atau Bintang Michelin ni adalah satu pengiktirafan kepada pengusaha restoran dan chef dan ianya adalah pengiktirafan yang sangat-sangat diidamkan oleh mereka dalam industri tersebut.


Sebagai contoh, Chef Gordon Ramsey pernah memenangi sebanyak 16 Michelin Star sepanjang kariernya dan kini beliau hanya ada 7 bintang tersebut dan restoran ‘singnature’ beliau, Restoran Gordon Ramsay di London, telah memegang 3 bintang sejak 2001, menjadikannya restoran tiga bintang Michelin yang paling lama beroperasi di London.

Sebut berkenaan anugerah Michelin ini, baru-baru ini, empat restoran di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang telah dianugerahkan bintang Michelin pertama di Malaysia apabila Michelin Guide Kuala Lumpur dan Penang 2023 yang julung kali diperkenalkan dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

ezgif.com gif maker 14

Dua restoran di Kuala Lumpur yang menerima anugerah tersebut adalah Dewakan, sebuah restoran yang menyajikan hidangan Malaysia moden yang menggunakan hasil tempatan dan asli; dan sebuah restoran yang terkenal dengan masakan klasik Perancis dengan penekanan pada makanan laut hidup serta hasil tempatan iaitu DC by Darren Chin.

Sementara itu, dua restoran di Pulau Pinang yang turut dianugerahkan satu Bintang Michelin ialah: Auntie Gaik Lean’s Old School Eatery, yang menyajikan masakan Peranakan yang dibuat daripada resipi rahsia Chef Auntie Gaik  dan Au Jardin, sebuah restoran yang pakar dalam hidangan Eropah.

56669450 880110079048034 1033569431512416256 n

Selain 4 restoran tersebut, 93 restoran lain berjaya disenaraikan dalam senarai tahunan yang dikeluarkan oleh Michelin tersebut dengan 32 daripadanya (17 di Pulau Pinang dan 15 di KL) menganugerahkan Bib Gourmand, yang mengiktiraf “restoran yang menyajikan makanan enak pada harga sederhana”

Kalau korang nak tahu, ini apa yang dimaksudkan dengan jumlah bintang yang diterima dengan 3 bintang adalah yang tertinggi.

1 Bintang Michelin :  Tempat yang baik untuk berhenti dalam perjalanan anda, menunjukkan restoran yang sangat baik dalam kategorinya.

2 Bintang Michelin:  Restoran yang berbaloi untuk membuat ‘lencongan’ semasa memandu, menunjukkan hidangan yang sangat baik dan hidangan yang berkualiti, terampil dengan kemahiran mahir serta ketelitian

3 Bintang Michelin :Sebuah restoran bernilai ‘perjalanan khas’. Ianya menunjukkan masakan luar biasa di mana pengunjung akan merasai pengalaman yang hebat serta hidangan istimewa yang disempurnakan dengan menggunakan bahan-bahan terbaik.

Sumber : Michelin

Baca : Pelanggan Terkejut Jumpa Ibu Jari Manusia Lengkap Dengan Kuku Dalam Sayur Lodeh

jari ditemui dalam sayur lodeh

Sumber: MICHELIN
Sumber: Au Jardin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.