Menjadi tuan rumah untuk acara Olimpik dilihat sebagai peluang untuk sesebuah negara menunjukkan budaya, infrastruktur dan kehebatan dalam bidang sukan di pentas dunia.
Namun begitu, sesebuah negara yang menjadi tuan rumah untuk Olimpik boleh menghadapi bebanan kewangan yang teruk. Ini kerana, dari membina stadium yang cantik dan menyediakan kemudahan seperti tempat tinggal, keselamatan dan pengangkutan untuk atlet boleh menelan belanja yang sangat besar.
Bagi beberapa negara, menganjurkan Olimpik telah menyebabkan mereka mengalami kesan ekonomi yang teruk sehingga menyebabkan mereka mempunyai krisis kewangan yang besar dan dalam kes yang lebih ekstrem, buat mereka hampir bankrap.
Jadi pada artikel kali ini, apa kata kita tengok negara-negara yang telah terjejas ekonomi negara mereka sekaligus meninggalkan impak yang besar dalam kestabilan kewangan negara selepas menganjurkan Olimpik.
Artikel berkaitan: Ikan Paus Buat ‘Cameo’ Ketika Acara Luncur Air Di Sukan Olimpik Paris 2024
Artikel berkaitan: Pernah Cetus Kontroversi Isu Gender Di Olimpik Paris 2024, Imane Khelif Tampil Menang Pingat Emas
1. Greece (Olimpik 2004)
Keputusan Greece untuk menjadi tuan rumah bagi Olimpik Athens 2004 telah dipengaruhi oleh rasa bangga negara ini ekoran ia merupakan tempat lahirnya sukan Olimpik asal
Tapi, acara ini telah menyebabkan negara ini mengeluarkan belanja yang sangat besar sehinggakan bil terakhir Olimpik Athens ini dikatakan telah melebihi US$11 bilion, iaitu satu jumlah yang sangat besar dan melebihi bajet asal.
Bagi membiayai Olimpik ini, Greece telah mengambil pinjaman yang sangat besar bagi membuat semula kemudahan-kemudahan sukan baru, membaik pulih infrastruktur sedia ada dan mengukuhkan keselamatan.
Jelasnya, penganjuran Olimpik ini telah menaikkan imej negara ini namun kesan kewangan yang diterima dari penganjuran ini telah memberikan impak yang besar.
Hutang yang diambil untuk Olimpik ditambah dengan kelemahan ekonomi sedia ada telah menyebabkan krisis kewangan yang besar melanda negara tersebut pada tahun 2009.
Ekonomi Greece telah mengalami kemelesetan yang dahsyat sehingga menyebabkan pergolakan sosial yang besar. Walaupun Olimpik bukanlah satu-satunya penyebab Greece menghadapi masalah kewangan, ia telah menjadi penyumbang yang besar terhadap keadaan ekonominya.
2. Kanada (Olimpik 1976)
Olimpik Musim Panas 1976 yang diadakan di Montreal, Kanada sering dijadikan sebagai contoh risiko kewangan apabila menjadi tuan rumah Olimpik. Pada awalnya, negara ini telah meramalkan bakal mengeluarkan belanja sebanyak US$250 juta, tapi kos keseluruhan telah menelan belanja sebanyak lebih US$1.6 juta.
Ini adalah disebabkan oleh pembinaan yang tergendala dan kos lebihan. Malah, stadium rasmi yang digunakan iaitu Stadium Olimpik, telah diberikan jolokan nama “Hutang Besar” ekoran kos pembinaannya yang tinggi.
Beban kewangan ini telah menyebabkan Montreal terjerut dalam hutang yang banyak sehinggakan bandar ini mengambil masa 30 tahun untuk membayar hutang tersebut di mana ia selesai dibayar pada tahun 2006.
Tekanan kewangan yang dihadapi oleh bandar ini terlalu teruk sehinggakan ia terpaksa memotong beberapa perkhidmatan awam dan mendapat kritikan orang ramai untuk tidak menganjurkan acara besar-besaran lagi di masa hadapan.
Walaupun Montreal dan Kanada tidak bankrap kerana Olimpik, ekonomi bandar tersebut telah menerima kesan yang besar sehingga berdekad-dekad.
3. Rusia (Olimpik 2014)
Olimpik Musim Sejuk yang diadakan di Sochi, Rusia pada 2014 lalu telah mencipta rekod sebagai Olimpik paling mahal pernah diadakan. Olimpik Sochi telah menelan belanja sebanyak US$50 bilion.
Angka ini telah melebihi bajet awal ekoran pembinaan besar-besaran yang dibuat untuk mengubah Sochi dari sebuah bandar dengan resort yang kecil kepada tempat Olimpik bertaraf dunia.
Kos ini tambah meningkat dengan campur tangan rasuah di mana beberapa laporan mengatakan bahawa satu per tiga daripada bajet ini telah hilang akibat rasuah.
Walaupun Olimpik ini berjaya menunjukkan kebolehan Rusia untuk menjadi tuan rumah acara besar-besaran, kesan kewangan darinya turut memberikan impak yang besar.
Kos yang tinggi ini telah menyumbang kepada kritikan orang ramai dan cabaran ekonomi yang semakin meningkat, terutamanya apabila harga minyak global jatuh dan sekatan Barat dikenakan berikutan pengambilalihan Crimea oleh Rusia.
4. Korea Selatan (Olimpik 1988)
Olimpik Musim Panas 1998 yang diadakan di Seoul, Korea Selatan merupakan detik yang sangat penting untuk negara ini di mana mereka telah muncul sebagai sebuah negara yang mempunyai kuasa ekonomi global.
Olimpik ini telah dilihat sebagai simbol kemajuan pantas negara ini dalam bidang perindustrian dan modenisasi. Pun begitu, kos yang dibelanjakan juga sangat besar apabila kerajaan di sana telah membuat pelaburan yang besar untuk infrastruktur, kemudahan sukan baru dan projek pembangunan bandar.
Kos keseluruhan Olimpik ini dijangkakan sebanyak US$4 bilion, iaitu satu jumlah yang besar untuk sesebuah negara yang masih dalam proses transformasi ekonomi.
Walaupun Olimpik ini telah menaikkan imej Korea Selatan di mata dunia, kos yang tinggi diikuti dengan perubahan ekonomi pada awal 90-an telah menyebabkan negara ini mengalami krisis kewangan.