Perancis mengesan empat kes pertama varian baharu COVID-19 dikenali sebagai NB.1.8.1, menurut laporan saluran penyiaran BFMTV yang memetik maklumat daripada Pusat Rujukan Nasional di Lyon.
Ahli virologi Bruno Lina berkata kes dikesan melibatkan pesakit di hospital dan komuniti.
Beberapa negara telah melaporkan kehadiran varian ini. Di Perancis, kami menemukan beberapa kes—tidak banyak, hanya empat buat masa ini.
Menurut Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah (ECDC), varian NB.1.8.1 telah dikesan di Jerman, Ireland, Belanda, Sepanyol dan Sweden sejak April lalu.
Varian ini kini dominan di China dan sedang menular di beberapa negara Asia, termasuk Hong Kong dan Taiwan, sehingga menyebabkan peningkatan kes jangkitan serta kemasukan ke hospital.
Walaupun tidak menunjukkan gejala lebih serius berbanding varian lain, pihak berkuasa kesihatan menyarankan orang ramai memakai pelitup muka di kawasan sesak serta memastikan bekalan vaksin dan rawatan mencukupi sebagai langkah berjaga-jaga.
Sumber: Astro Awani
Baca: Pakar Temui Varian Virus Mirip COVID-19, Berpotensi Merebak Melalui Manusia