in

4 Individu Terkenal Yang Mulakan Kerjaya Sebagai Atlet Sebelum Jadi Pelakon Hollywood

Atlet Hollywood

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Min nak tanya, kerjaya yang korang ada sekarang ni sealiran atau tidak dengan kursus apa yang korang belajar semasa di universiti atau kolej?

Walaupun ada yang bernasib baik, tak dinafikan bukan semua orang ditakdirkan untuk mempunyai kerja yang sealiran dengan apa yang mereka belajar dahulu. Ada yang terpaksa lari bidang sebab keperluan kerja dalam bidang yang dipelajari tidak banyak dan ada juga yang sengaja menceburi bidang lain untuk menambah pengalaman.


Rupanya, ada juga selebriti Hollywood yang lari bidang macam ni. Berikut merupakan empat individu terkenal Hollywood yang merupakan seorang atlet sebelum bertukar karier menjadi seorang pelakon.

1. Dwayne ‘The Rock’ Johnson

dwaynejohnson 2000x1270 1 e1648272306676

Rasanya ramai yang tahu pelakon Dwayne Johnson merupakan atlet WWE sebelum beliau bertukar karier menjadi antara selebriti Hollywood yang dikenali ramai. Tapi, tahukah korang, pelakon yang turut sinonim dengan gelaran The Rock ini pernah menjadi atlet sukan ragbi.

Bermain di posisi pertahanan, Dwayne Johnson merupakan sebahagian daripada pasukan Miami Hurricanes yang pernah memenangi gelaran juara nasional pada tahun 1991.

Meskipun tidak dapat memasuki liga NFL disebabkan kecederaan, bintang filem Fast & Furious dan Jumanji: Welcome to the Jungle ini juga pernah menyertai pasukan Calgary Stampeders di Liga Ragbi Kanada.

2. Jason Statham

Jason Statham Countdown Rep

Merupakan antara wajah yang sering muncul dalam filem-filem aksi Hollywood, pelakon kelahiran United Kingdom ini merupakan bekas ahli Skuad Selam Nasional Britain sebelum beralih karier pada lakonan.

Sinonim dengan watak anti-hero, Jason Statham juga pernah menyertai Commonwealth Games pada tahun 1990 mewakili England.

3. Arnold Schwarzenegger

maxresdefault 3 e1648272500328

Sebelum terjebak dalam bidang lakonan, pelakon kelahiran Austria ini merupakan antara individu terkenal dalam bidang fitness dan bina badan. Pelakon yang pernah membintangi francais filem Terminator ini pernah memenangi gelaran Mr Universe pada usia hanya 20 tahun dan turut merupakan pemegang gelaran Mr Olympia sebanyak tujuh kali.

Selain berlakon, Arnold Schwarzenegger juga pernah berkhidmat sebagai gabenor California pada tahun 2003 hingga 2011.

4. Terry Crews

200623 terry crews brooklyn nine nine e1648272575884

Seperti The Rock, Terry Crews juga pernah berkarier sebagai seorang atlet ragbi sebelum menceburi bidang lakonan. Pelakon yang membintangi siri Brooklyn Nine-Nine ini pernah muncul dalam 32 game di NFL semasa beliau bermain bersama pasukan Los Angeles Rams, Washington Redskins, San Diego Chargers dan Philadelphia Eagles.

Selain Brooklyn Nine-Nine, Terry Crews juga pernah membintangi filem White Chicks, francais filem The Expendable dan turut meminjamkan suaranya untuk watak Pegawai Earl Devereaux dalam filem Cloudy with a Chance of Meatball 2.

Sumber: Men’s Journal

Baca: “Fattah sepupu Syamsul?” – Ini Barisan Selebriti Yang Rupa-rupanya Bersaudara!

page selebriti e1648266459238

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.