in

“35 orang maut” – Lelaki Tak Puas Hati Pasal Harta Lepas Cerai, Rempuh Melulu Orang Awam Di Stadium

35 Orang Maut Dirempuh Kenderaan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tular sebuah video di media sosial memaparkan kejadian sekumpulan orang awam dirempuh sebuah kenderaan di hadapan stadium di bandar Zhuhai, Selatan China.

Menurut laporan, seorang lelaki berusia 62 tahun disyaki dengan sengaja memandu kenderaannya merempuh sekumpulan orang ramai sehingga menyebabkan 35 orang maut dan 43 lagi cedera, dalam satu kejadian yang berlaku pada Isnin malam.


Menurut kenyataan polis tempatan, kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipandu oleh lelaki warga emas itu disyaki dengan sengaja merempuh pintu pagar sebuah pusat sukan, lalu melanggar sekumpulan orang ramai yang sedang bersenam.

Artikel berkaitan: Doktor & Anak Cedera Parah Gara-gara Dirempuh Remaja 18 Tahun Pandu SUV

Artikel berkaitan: “Kalau Allah tulis jodoh tu panjang, maka panjanglah” – Lelaki Kongsi Kisah Pasangan Tak Jadi Bercerai

Suspek telah berjaya ditahan polis ketika cuba melarikan diri, namun mencederakan dirinya sendiri dengan pisau sehingga mengalami kecederaan serius dan kini dalam keadaan koma.

Dalam pada itu, suspek juga mengalami luka di leher dan cedera parah pada beberapa bahagian badan.

Siasatan awal mendapati punca serangan adalah rasa tidak puas hati terhadap pengagihan aset selepas perceraian, yang dipercayai mendorong tindakan ganas itu.

Insiden terbabit telah mendapat kritikan di seluruh China dan dianggap keganasan awam paling maut di negara itu dalam beberapa dekad.

Malah, kejadian itu turut meraih perhatian Presiden Xi Jinping yang berikrar bahawa suspek akan dikenakan hukuman tegas.

Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.