in

30,000 Orang Penuhi Stadium Untuk Mohon Kerja, Tapi Hanya 1,667 Kekosongan Yang Ada

cats 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mencari pekerjaan pada zaman sekarang bukanlah mudah. Dengan ekonomi yang tidak menentu, ditambah pula dengan banyak syarikat yang mengurangkan pekerja, ramai yang terpaksa ‘mencatu’ duit untuk menjimatkan perbelanjaan.

Terbaharu, pasukan polis Islamabad dikejutkan dengan kehadiran 30,000 orang ke sesi temuduga kerja kosong di dalam pasukan itu. Kejadian dilaporkan berlaku di Islamabad, Pakistan.


Menurut laporan, jumlah pemohon kerja adalah terlalu ramai sehinggakan mereka hampir memenuhi sebuah stadium bola sepak terbesar di negara itu. Temuduga tersebut berlangsung di Stadium Sukan Jinnah dengan kapasiti 48,000 orang, manakala yang hadir ke sesi temuduga itu adalah sekitar 30,000 orang.

1 1

2 1

Wakil pasukan polis itu berkata dalam satu kenyataan, 30,000 pemohon yang terdiri daripada lelaki dan wanita itu perlu mengambil ujian bertulis untuk melepasi ke peringkat seterusnya. Bagaimanapun, hanya 1,667 jawatan yang dibuka pada ketika itu.

Menerusi satu video yang tular, berpuluh ribu pemohon boleh ditonton dari udara seolah-olah perlawanan bola sepak sedang berlangsung.

Sebelum ini, pasukan polis Islamabad mengalami kekurangan kakitangan dalam tempoh lima tahun yang lalu. Mereka telah menghubungi kerajaan persekutuan untuk menambah bilangan pasukan dan telah diberi kebenaran untuk membuat pengambilan baharu sekitar 1,500 konstabel polis.

Untuk rekod, wakil pasukan polis Islamabad melaporkan sesi temuduga itu berjalan dengan lancar dan telus mekipun dihadiri lebih 30,000 orang.

Kredit: Business Insider

BACA: Klinik Buat Report Polis, Kantoi Pekerja Guna MC Palsu Sampai Dapat Cuti Sakit 5 Hari

Capture 1

Sumber: Al Jazeera
Sumber: Al Jazeera

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.