in

“300 biji terjual, korang ni kenapa?” – Datin Shahida ‘Pening’ Lihat Netizen Beli Batu Yang Dijual Aliff Syukri

aliff syukri jual batu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri cukup dikenali dengan kegigihannya berniaga.

Jika sebelum ini beliau tular kerana menjual pokok yang ditanam di sekitar kediaman mewahnya, Aliff sekali lagi meraih tumpuan netizen dengan menjual batu!


Menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik oleh isterinya, Datin Seri Shahida meluahkan rasa terkejut batu yang berada di laman rumah mereka turut dijual suaminya.

Malah, Shahida juga tidak menyangka batu yang dijual secara live itu turut ‘sold out’ tidak lama selepas itu.

@shahidadherbs2

dah kenapa ek?? @Aliff Syukri Kamarzaman batu pula

♬ bunyi asal – Nur Shahida Mohd Rashid – Nur Shahida Mohd Rashid

“Dia jual batu pula, tak masalahnya 300 biji terjual, korang ni kenapa???” tulisnya di laman Threads.

Screenshot 2025 12 19 113530

Artikel berkaitan: “Semua ini berkat jual jeruk mangga, beg…” – Aliff Syukri Syukur Jadi Antara Pembayar Zakat Tertinggi Selangor

Artikel berkaitan: “Pergh berbaloilah selalu kena marah” – Netizen Teruja Amayan Dapat Porsche, Sampai Terlompat-lompat Gembira!

Netizen kongsi kegunaan batu yang dibeli

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dan pada masa yang sama berkongsi kegunaan batu yang dijual usahawan itu.

Ada yang berkata, batu terbabit sangat bermanfaat sebagai batu tungku yang digunakan sebagai terapi terutama untuk ibu bersalin.

Screenshot 2025 12 19 113826

Selain itu, netizen juga memuji usaha yang dipamerkan usahawan terbabit kerana tahu hasil daripada jualan beliau selama ini juga disalurkan kepada zakat.

Screenshot 2025 12 19 113729 Screenshot 2025 12 19 113812

Bukan itu sahaja, tidak kurang juga yang menyifatkan Aliff Syukri sebagai usahawan yang sangat kreatif dan bijak mengambil peluang dengan menjual apa sahaja barangan asalkan menjana keuntungan.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.