in

3 Perkara Yang Boleh Anda Lakukan Apabila Anak Kecil Mengadu Dicabul Atau Diperkosa

Child Abuse

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menyedihkan! Oleh kerana nafsu rakus golongan pedofilia, kanak-kanak di bawah umur sering menjadi mangsa cabul dan rogol.

Peningkatan kes seperti ini membuatkan para ibu bapa dirundung kerisauan dan ditambah pula dengan rasa panik apabila anak kecil mereka mula mengadu akan kegiatan ‘jahat’ golongan ini ke atas tubuh badan mereka.


Menerusi status pengguna Facebook bernama Akhi Fairuz Al-Jengkawi, dia telah berkongsi tiga perkara yang boleh ibu bapa lakukan apabila anak mereka mengadu telah dicabul atau diperkosa oleh individu sama ada dikenali atau tidak dikenali.

Ajar sebutan betul anggota sulit

Perkosa 1

Ajar bahagian privasi yang tidak boleh disentuh orang lain

Perkosa 2

Ajar untuk jerit, lari, adu

Perkosa 4

Menurut Fairuz, ketiga-tiga perkara yang dikongsikannya adalah perkara asas yang perlu diterapkan ibu bapa dalam mendidik anak-anak mengenai kesihatan reproduktif atau pendidikan seks. Pengajaran ini memudahkan ibu bapa dan anak-anak dalam berkomunikasi mengenai isu tabu ini.

Image 1 1
gambar hiasan

Pun begitu, hendak dijadikan cerita salah seorang sahabat Fairuz telah tergerak hati untuk mengajarkan tiga perkara di atas kepada dua orang anak perempuannya.

Dia memulakan perbualan dengan pertanyaan,

Pernah tak sesiapa menyentuh atau melakukan perkara tak senonoh pada kakak?” 

Apa yang mengejutkannya ialah kedua-dua anak perempuannya menjawab ada!

Tarik seluar anak hingga nampak buntut

Perkosa 55

Akhirnya… buat laporan polis!

Perkosa 6

Inilah pentingnya sebut nama anggota badan sebenar!

Perkosa 7

Perkosa 8
sumber: facebook

Apa yang dikatakan saudara Fairuz di dalam perkongsiannya ini benar belaka. Mungkin sudah tiba masanya untuk ibu bapa lebih terbuka dengan anak-anak dalam membicarakan soal kesihatan alat sulit dan seks. Kita bukan berada di zaman 60-an lagi untuk terus berdalih dan beri jawapan ‘selamat’.

Giphy 3

Malah adalah lebih baik jikalau anak-anak ini mempelajari ia dari ibu bapa mereka sendiri daripada mengetahuinya melalui medium seperti internet.

Apa-apapun diharapkan kes jenayah rogol dan cabul ini tidak lagi meningkat dari hari ke hari. Semoga segala usaha untuk mengekang jenayah ini berjaya! 

Baca: Dua Beradik Lakukan Seks Kerana Terbiasa Menjadi Mangsa Cabul Abang Tiri dan Kawan Bapa

H

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.