Bulan puasa ni kadang-kadang kering idea nak masak apa betul tak? Dalam peti ais macam-macam ada. Ayam, daging, ikan, udang, sotong, ketam semua lah.
Haa meh sini admin kongsi korang 3 jenis menu yang sesuai untuk dimasak dengan apa jenis daging atau seafood sekali pun. Korang jangan lah expect menu ni terlampau simple pulak. Kalau nak paling simple, beli dekat bazar jela dikkk…
1. Sambal Bali
Menu ni pernah viral dekat Facebook, katanya resipi turun termurun keluarga Aisha Shukor. Dalam posting tu, Aisha tunjuk ayam masak sambal bali. Tapi sebenarnya, sambal bali ni sedap je masak dengan seafood atau daging lain! Serious admin pernah try…
Kalau taknak masak ayam, korang boleh masak sambal bali ni dengan daging, ikan, udang, sotong atau ketam sekali pun. So admin bagi menu untuk sukatan seekor ayam, nanti pandailah korang adjust kalau nak masak haiwan lain eh.
Bahan-bahan:
Seekor ayam
8 batang serai (dititik)
8 tangkai daun kari (dileraikan)
Bahan kisar:
Segenggam cili kering
8 biji bawang besar
8 ulas bawang putih
Sedikit belacan
Cara-cara:
1. Ayam digoreng separuh masak. Lebihan minyak boleh guna untuk tumis.
2. Masukkan serai yang dah dititik kemudian masukkan daun kari. Gorengkan sampai garing (lebih kurang seminit).
3. Masukkan bahan yang dikisar dan tumis sampai sambal dah pecah minyak.
4. Masukkan sedikit kicap lemak masin.
5. Masukkan ayam dan gaul sebati. Biarkan lebih kurang 10 minit sampai ayam masak.
2. Phat Phet
Okay yang ni pulak menu dari Thailand. Pun sama, korang boleh guna masakan ni untuk ayam ke, sotong ke, seafood ke. Ikan keli pun boleh haa. Ikut suka koranglah! Yang penting sedap…
Actually ayam phat phet ni ada banyak version. Ada yang tak letak kunyit hidup, ada pula yang letak kacang panjang. So ikutlah korang prefer yang mana.
Bahan-bahan:
Ayam setengah ekor atau ikut daging/seafood yang korang nak masak tu.
7 biji bawang merah
Satu labu bawang besar (dipotong wedges)
5 ulas bawang putih
2-3 inci kunyit hidup
5 batang serai
10 biji cili padi
5 helai daun limau purut
Asam keping (3 keping)
Gula dan garam secukup rasa
Cara-cara:
1. Kisarkan bawang putih, bawang merah kunyit, serai, cili padi dan daun limau purut. (kisar kasar je. Daun limau purut tinggal sikit untuk tabur)
2. Tumis bahan yang dah dikisar sampai pecah minyak.
3. Masukkan ayam. Kalau korang nak, boleh je goreng ayam tu dulu separuh masak.
4. Lepas ayam dah masak, masukkan asam keping, garam dan gula. Masukkan bawang yang dipotong wedges, kemudian taburkan daun limau purut.
3. Serai Pedas
Menu ni paling sedap kalau masak dengan ayam. Memang paduuuu beb! Tapi apa kata cuba juga masak dengan seafood atau daging. Mesti sedap jugak!
Bahan-bahan:
Setengah ekor ayam
3 batang serai
5 helai daun limau purut
2-3 biji cili merah
6 biji cili padi (ikut kepedasan masing-masing)
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Sos ikan
Sos tiram
Gula secukup rasa
Limau nipis
Cara-cara:
1. Gorengkan ayam separuh masak. Kisar bawang putih, bawang merah, cili padi dan cili besar.
2. Masukkan serai dan daun limau purut sehingga naik bau. Tumis bahan yang telah dikisar.
3. Masukkan ayam dan gaul sebati.
4. Masukkan sos tiram, sos ikan dan gula. (Ikut taste masing-masing, secukup rasa)
5. Perahkan limau nipis, kacau sebati dan biarkan lebih kurang 10 minit sehingga ayam masak.
Sumber: Instagram
Amacam terliur tak? So dah dapat resipi ni boleh cuba masak untuk buka puasa!
Baca: “Xleh move on dengan kesedapan dia” – Senang Gila Nak Buat Ayam Masak Thai Untuk Berbuka Ni!